DIKENALI sebagai jenama audio terkemuka dunia yang melengkapkan pengguna dengan sistem bunyi dan periferal yang berkualiti untuk teater rumah, televisyen, komputer dan banyak lagi, Harman akan membuka studio pertama di Malaysia.
Terletak di Sunway Geo Avenue, studio ini menawarkan pengguna solusi audio Harman yang serba lengkap dan juga produk terbaru mereka. Lengkap dengan jenama seperti JBL, Harman Kardon, AKG, Mark Levinson, Lexicon, dan Revel, Studio Harman adalah salah satu yang pertama di rantau APAC dan ia dijangka akan dapat mengukuhkan kehadiran Harman di rantau ini.
Studio ini menempatkan ruang pameran dua tingkat berkeluasan lebih daripada 3,000 kaki persegi. Menjadi kebanggaan sebagai ruang pameran Harman yang terbesar di Malaysia, ia melibatkan ruang pameran dengan konsep gaya hidup yang paling eksklusif.
Pengunjung dapat mengalami sendiri gaya hidup Harman yang dijelmakan semula oleh pembesar suara mudah alih dan fon kepala Harman. Selain itu, mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan konsep rumah Harman yang dimeriahkan oleh bar bunyi, teater rumah dan ruang audio mewah.
“Kami sangat teruja dengan pelancaran Studio Harman. Ia akan memberi pengguna gambaran yang lebih baik tentang produk di bawah Harman Kordon. Studio ini pasti akan dapat membantu pengguna untuk memahami produk dengan lebih baik dan mengalaminya sendiri melalui solusi audio yang kami tawarkan, ” kata Mark Ng, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Harman Asia Pasifik.
Ditubuhkan pada 1953 oleh Sidney Harman dan Bernard Kardon, Harman sentiasa menjadi peneraju dalam penghasilan produk audio dengan kesetiaan pengguna yang tinggi, termasuk yang pertama di dunia dan pelbagai inovasi.
Hari ini, Harman Kardon adalah sebuah rumah audio berjenama terkemuka yang menyediakan pelbagai produk audio untuk pengguna, termasuk sistem bunyi rumah dan pembesar suara Bluetooth yang meningkatkan pengalaman gaya hidup dan hiburan pengguna.
“2019 merupakan tahun yang menarik buat Harman Malaysia. Kami mensasarkan untuk mendekati lebih ramai pelanggan di Malaysia dan kami ingin menawarkan lebih daripada sekadar produk kepada para pelanggan.
Kami mahu melibatkan pengguna dengan kualiti dan nilai yang ditawarkan oleh Harman. Saya percaya dengan pelancaran Studio Harman, jenama ini akan terus menjadi jenama pilihan audio bagi masyarakat Malaysia,” tambah Mark Ng.
Studio Harman telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2019. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah duta Harman Malaysia, Alif Satar, yang merupakan seorang pengacara dan selebriti terkenal. Dikenali dengan versatiliti dan bakatnya, Alif Satar benar-benar dapat mewakili jenama ini.
“Kami amat berbesar hati mempunyai Alif Satar sebagai duta kami. Beliau melambangkan nilai dan kualiti yang dibawakan oleh Harman. Paling penting, beliau juga percaya pada jenama Harman,” kata Mark Ng.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Studio Harman, layari my.harmankardon.com atau www.jbl.com.my
[KREDIT: Harman Studio Malaysia]
0 Comments