Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CJ Wow Shop tawar ganjaran buat peminat sempena 3 tahun


SEMPENA sambutan ulang tahun ke-3 CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah serba inovatif di rumah ini telah mengumumkan pelancaran kempen ‘3 Tahun Makin WOW’, yang merangkumi satu siri promosi melalui pelbagai saluran CJ WOW SHOP, termasuk platform TV, dalam talian, dan mudah alih. 

Dikenali sebagai karnival beli-belah di rumah yang terbesar di Malaysia, kempen selama 3 minggu ini akan bermula dengan rancangan siaran langsung khas yang berdurasi 23 jam pada 30 dan 31 Mac di ntv7, 8tv dan TV9. Ia akan memaparkan barisan hos kegemaran warga Malaysia termasuk Zaim Helmi, Lily Liyana, Diana Rusdi, Jimmy Shanley, Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap dan lebih ramai lagi. 

Di samping itu, barisan hos ini juga akan menggemparkan pelanggan dengan satu video muzik khas yang dihasilkan melalui gandingan dengan kumpulan muzik popular tanah air, Back2Basixx.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd berkata, 

“Ganjaran yang kami tawarkan sepanjang kempen ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan lama mahupun baru. Merekalah yang menjadi inspirasi kami untuk mencapai potensi maksimum kami serta meningkatkan tumpuan kami supaya mampu berkhidmat bagi lebih ramai rakyat Malaysia.”




Bermula dari Mac 30 hingga 21 April 2019, pelanggan boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan melalui promosi eksklusif berikut.*

30 - 31 Mac 2019
BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

BAUCER DISKAUN WOW RM10 untuk semua pembelian produk TV melalui pusat panggilan dan dalam talian

5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian 
1 - 21 Apr 2019

BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

BAUCER DISKAUN WOW RM3 untuk pembelian dalam talian

5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian 

*Tertakluk kepada Terma & Syarat


Sedia untuk pertumbuhan lebih pesat melalui shoppertainment

Platform ini melancarkan pelbagai format rancangan bagi memberi nafas baharu kepada programnya serta menghiburkan peminatnya, dengan memfokuskan kepada inovasi untuk menyediakan pengalaman beli-belah di rumah yang terbaik. 

Terbaharu, CJ WOW SHOP telah memperkenalkan ‘WOW Cantik’, satu rancangan fesyen & kecantikan yang memaparkan penstriman sosial secara siaran langsung. ‘WOW Cantik’ akan diacarakan oleh Yana Samsudin dan disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi setiap Jumaat. Rancangan ini akan menyaksikan interaksi dengan penonton di rumah mahupun studio dengan masa nyata.

“Kejayaan berterusan kami dalam tiga tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbuka terhadap beli-belah di rumah. Pencapaian ini meletakkan CJ WOW SHOP pada kedudukan lebih kukuh dalam melaksanakan komitmen kami dalam menyediakan satu pengalaman ‘shoppertainment’ unik bagi pelanggan - yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermaklumat dan boleh dipercayai. 
Kami akan terus mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dengan meningkatkan akses mereka kepada produk dan perkhidmatan mengikut kemudahan mereka, di rumah dan mana-mana sahaja tidak kira masa,” tambah Encik Kim.


Sejak dilancarkan pada tahun 2016, CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggan serta memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, ia telah memperluas tawarannya daripada 27 produk apabila ia baru dilancarkan, kepada lebih 1,000 produk pada hari ini, termasuklah produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peranti elektronik, kecantikan & fesyen dan banyak lagi.

Pada tahun ketiga operasinya, rangkaian beli-belah di rumah ini baru-baru ini telah memperluas tawaran bagi peminat Cina dengan menyediakan lebih slot Bahasa Mandarin di ntv7, sekaligus meningkatkan lagi akses mereka kepada gaya hidup inovatif serta pelbagai produk gaya hidup. 

Di samping itu, CJ WOW SHOP terus mengukuhkan tawarannya dalam segmen pengguna Melayu melalui pelbagai program di TV9, dan berjaya mengukuhkan kedudukan TV9 serta ntv7 sebagai saluran penting bagi kandungan beli-belah di rumah bahasa Melayu dan Cina yang bermutu tinggi.

Dengan perkembangan ini, CJ WOW SHOP menyasarkan untuk  melangkaui jualan tahunan sebanyak RM300 juta pada tahun 2019. Matlamat ini ditetapkan berdasarkan prestasi hebatnya pada tahun lalu, di mana ia berjaya melangkaui sasaran pendapatan sebanyak RM200 juta pada penghujung tahun 2018.

CJ WOW SHOP merupakan usahasama antara Media Prima Berhad dengan CJ ENM Co Ltd (Bahagian Beli Belah Di Rumah) dari Korea Selatan, iaitu pengendali TV Beli-Belah di Rumah No. 1 di Asia. 

Dilancarkan pada April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan pelbagai jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah membolehkannya mendapat pengiktirafan serantau di The Spark Awards 2017 : Best Sales and Marketing Intelligence Solution (Emas), Marketing PR Awards 2017 Southeast Asia : Best Direct-to-Consumer PR Campaign (Gangsa), Marketing Excellence Awards 2017 : Excellence in Marketing to a Female Audience (Gangsa) dan Mobile Business Excellence Awards 2018 : Best Mobile Commerce Application. 

Rangkaian beli-belah ini menampilkan demonstrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, nt7, 8TV, TV9 dan tonton. Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments