Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CJ WOW SHOP BAWA LEBIH ONG UNTUK TAHUN BARU CINA


SAMBUTAN Tahun Baru Cina anda dengan lebih ONG dan keterujaan! Rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif di Malaysia, CJ WOW SHOP bakal memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina anda dengan peraduan ‘WOW Your Home’. 

Melalui peraduan hebat ini, peminat berpeluang memenangi satu ‘makeover’ rumah bernilai RM8,888, dan pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dalam tempoh 14 hingga 25 Januari 2019 akan dinobatkan sebagai pemenang.

Di hujung peraduan ini, CJ WOW SHOP akan memberi wajah baharu kepada rumah pemenang dengan menggunakan pelbagai produk inovatif yang bermutu tinggi, termasuk produk rumah dan gaya hidup serta kelengkapan dapur. Melalui gandingan dengan Master Feng Shui ternama, Kenny Hoo, CJ WOW SHOP akan melakukan ‘makeover’ ini mengikut prinsip feng shui untuk membawa tuah pada tahun ini!

Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd berkata, 

“Di CJ WOW SHOP, kami faham rumah adalah tempat yang cukup istimewa dalam hati rakyat Malaysia, terutamanya semasa Tahun Baru Cina, kerana semua ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul bersama-sama untuk mencipta memori indah. 
Melalui ganjaran ‘makeover’ rumah ini, kami ingin menjadi sebahagian daripada memori gembira mereka, di samping menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran menarik bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina mereka.”

Peraduan ini dilancarkan seiring dengan perluasan program bahasa Mandarin CJ WOW SHOP di saluran NTV7, saluran yang pasti ditonton untuk program Bahasa Mandarin CJ WOW SHOP. Dengan menyediakan lebih banyak slot program, pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk membeli-belah dan memenangi ganjaran.



Dari kaca TV ke dunia realiti

Lebih mengujakan lagi, pelanggan berpeluang bertemu dengan barisan pengacara bahasa Mandarin CJ WOW SHOP kegemaran mereka seperti; Gary Yap, Pauline, Desmond, Shin Kong, Chai Zi, Emerson, Kah Chee dan Yin Yin yang bakal mengembara seluruh Malaysia untuk berinteraksi dengan peminat dalam tempoh kempen ini. 

Selain dijemput untuk menyertai sambutan ini, pelanggan juga dapat menyaksikan pengacara-pengacara ini membuat demonstrasi produk secara langsung. Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah dan ganjaran musim perayaan yang istimewa melalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan!

Penonton boleh menikmati aksi pengacara-pengacara ini melalui program siaran langsung Tahun Baru Cina Istimewa pada hujung minggu, yang memaparkan pelbagai produk hebat di saluran NTV7 dari Jumaat hingga Ahad, pukul 9 pagi serta 8TV pada Sabtu, pukul 1 petang pada tarikh-tarikh berikut:

18 hingga 20 Januari
25 hingga 27 Januari
1 hingga 3 Januari




Untuk setiap pembelian semasa program siaran langsung, pelanggan dapat menikmati promosi istimewa termasuk Mata Ganjaran WOW sebanyak 8% untuk transaksi yang dibuat di platform e-dagang CJ WOW SHOP. Tambahan pula, CJ WOW SHOP juga akan menghadiahkan pelanggan di rumah dengan sepasang Kayu Penyepit Makanan WOW edisi terhad serta satu Set Angpau bagi sebarang pembelian yang dibuat antara 14 Januari hingga 6 Februari 2019!

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.


[KREDIT: CJ Wow Shop]

Post a Comment

0 Comments