Hot Posts

6/recent/ticker-posts

4 Naskhah menarik di pementasan PETA, Aswara


PENILAIAN tahun akhir atau ringkasnya dikenali sebagai (PETA) merupakan kursus wajib dilalui oleh semua pelajar untuk menilai kredibiliti pelajar selama 3 tahun belajar di Aswara. Di bawah kursus ATE 6996, pelajar akan dinilai berdasarkan pengkhususan Lakonan dan Pengarahan. 

Pada semester 1 sesi 2018/2019 ini seramai 11 orang pelajar akan dinilai iaitu 2 orang pengkhususan Pengarahan manakala 9 orang lagi dalam pengkhususan Lakonan. 

Empat Produksi akan dipentaskan bermula dari 20 sehingga 23 Januari 2019 jam 8.30 malam bertempat di Panggung Eksperimen dan Black Box Aswara. Antara naskah yang akan dipentaskan adalah Mr Barber & Mrs Pie, Jebat Menderhaka, Benua Igau dan The Lion and The Jewel. Masuk adalah dengan sumbangan. 

Penyelaras PETA Ijazah adalah Pensyarah Fakulti Teater Aswara, Shariful Akma Abdullah manakala Penyelia bagi 4 produksi terdiri daripada para pensyarah Fakulti Teater Aswara. Panel penilai dalaman terdiri daripada pengarah tersohor, Rosminah Mohd Tahir juga pensyarah Fakulti Teater Aswara dan  Azizul Zahid Jamal Dekan Fakulti Teater Aswara.

Menariknya PETA tahun ini, Fakulti Teater telah melantik dua orang panel daripada industri iaitu Fatimah Abu Bakar yang merupakan Pelakon, wartawan dan penulis wanita dan Zizan Nin Pengacara, pelakon dan penerbit drama TV dan Filem. 

Panel luar dari Industri ini akan melihat sejauh mana para pelajar yang dinilai ini mampu untuk bersaing dikalangan artis profesional serta melihat bakat yang boleh dicungkil serta mempunyai nilai komersial yang boleh diketengahkan oleh mereka setelah tamat pengajian nanti.    



NASKHAH: The Lion And The Jewel
TARIKH: 20 Januari 2019
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Black Box, Aswara



SINOPSIS

Ia menceritakan bagaimana Baroka – “The Lion”, bersaing dengan Lakunle – yang moden, atas hak untuk berkahwin dengan Sidi – “The Jewel”. Lakunle digambarkan sebagai antitesis kepada Baroka yang tradisional. Lakunle secara unilateral mencuba untuk memodenkan komunitinya dan mengubah sistem sosial masyarakatnya tanpa sebab, selain hakikat bahawa dia boleh berbuat demikian. 

“The Lion and The Jewel” mengkaji konflik antara nilai tradisional Yoruba dan pengaruh penjajahan kuasa Barat di Nigeria. Seterusnya, pertunjukan pentas ini juga menunjukkan bahawa orang daripada pelbagai budaya yang berbeza-beza mempunyai hak untuk mengamalkan budaya mereka mengikut cara yang unik kepada masyarakatnya. 

Selain itu, pertunjukkan pentas ini juga boleh dianalisis dari sudut feminis mengenai peranan wanita dalam masyarakat Yoruba. Wanita dianggap sebagai harta dalam budaya Yoruba melalui pembayaran harga pengantin perempuan, poligami, dan wanita menduduki status sosial yang lebih rendah daripada lelaki.



NASKHAH: Benua Igau
TARIKH: 21 Januari 2019
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Panggung Eksperimen, Aswara



SINOPSIS

Menceritakan kisah Inik yang mempunyai kaitan hidup bersama dengan alam di dalam Kitab Benua Igau. Inik akan dapat memasuki alam Benua Igau apabila mantera dibaca bagi menimbulkan kesaktian Kitab tersebut. 

Di dalam alam Benua Igau, terdapat dua puteri kayangan, Maya dan Laura yang sering bertelingkah telah diarahkan untuk turun ke bumi oleh Raja bagi mendamaikan penduduk di sana dan mengambil pengajaran dari apa yang bakal disaksikan. 

Di bumi, mereka sama sekali dilarang untuk bermusuhan sesama sendiri, atau sumpahan akan terlaksana sekiranya mereka mengingkarinya. Adakah Maya dan Laura akan berjaya untuk menyelesaikan misi mereka tanpa timbul persengketaan? Apakah pula kesudahan pada kisah Inik yang hidupnya berkaitan antara alam nyata dan alam Benua Igau?




NASKHAH: Jebat Menderhaka
TARIKH: 22 & 24 Januari 2019
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Black Box, Aswara


SINOPSIS

Hang Jebat Menderhaka menceritakan tentang penderhakaan Jebat pada Raja. Timbul pergaduhan besar antara Tuah dan Jebat apabila Tuah pulang ke negeri Melaka. Walaupun Tuah dan Jebat merupakan sahabat, tetapi diatas kesetiaan pada Raja, Tuah sanggup membunuh Jebat kerana menderhaka.


NASKHAH: Mr. Barber & Mrs. Pie
TARIKH: 23 & 24 Januari 2019
MASA: 8.30 Malam
TEMPAT: Panggung Eksperimen, Aswara



SINOPSIS

Di dalam naskhah The Barber & Mrs Pie  ini tampil mengetengahkan  tema berkisarkan pembalasan dendam seorang tukang cukur yang bernama Sweeney Todd dengan kehidupan beliau yang ditindas. Tetapi mesej didalam ini amatmenarik kerana pembalasan dendam seorang yang bernama lelaki membela diri untuk isteri dan anak gadisnya untuk mendapatkan kembali kebahagian hak mereka. Misi Pembalasan dendam Sweeney Todd turut dibantu oleh Mrs Lovett yang merupakan penjual pie yang paling tidak laku di London. - 7KLIK 


[KREDIT: aswara]

Post a Comment

0 Comments