Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Yeop: Tribute To Syed Alwi, pementasan yang sukar dilupakan



YEOP: Tribute To Syed Alwi, sebuah pementasan teater terbitan Tampakdara Enterprise dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat dalam format Forum Teater.

Menariknya, pementasan ini merupakan sebuah persembahan yang bertujuan memperingati jasa dan mengenang sumbangan Seniman Negara ke-5 ini terhadap perkembangan seni drama pentas tanah air.

Tampil mengangkat tiga  naskhah popular karya Allahyarham yang terdiri daripada Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Menuju Utara (1980).
  
Konsep forum teater ini adalah bersifat interaktif di antara pelakon, watak dan penonton semasa persembahan berlangsung. Ia bertujuan bagi menangani isu-isu yang diketengahkan berdasarkan tiga naskhah yang dipersembahkan.

Selain itu, tentunya perceritaan tentang latar belakang dan karya-karyanya termasuk perjalanan hidup Allahyarham sehingga saat kematiannya. 

Pementasan ini merupakan hasil arahan pengarah teater terkenal, Dr. Rosdeen Suboh dengan membariskan gandingan pelakon hebat yang terdiri daripada Dr. Norzizi Zulkifli, Nadia Aqilah, Amar Asyraf, Taiyudin Bakar, Yusmar Affendi dan Naque Ariffin.

Yeop: Tribute To Syed Alwi berlangusng di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 27 hingga 29 Disember 2018. 




SINOPSIS

Alang Rentak Seribu
Rombongan dari Filem Negara datang mengadakan penggambaran filem dokumentari di sebuah kampung. Pelbagai masalah berlaku sepanjang penggambaran berlangsung sehingga menimbulkan kekecohan besar di kampung tersebut.

Tok Perak
Mengisahkan tentang seorang penjual ubat, Tok Perak yang menjaja dari satu tempat ke tempat di seluruh negara. Sepanjang usahanya itu, dia berdepan pelbagai cabaran dan karenah sehingga dia ditangkap dan dihukum.

Menuju Utara
Mengambil latar sebuah stesen keretapi, seorang graduan bertemu dengan lelaki tua yang kemudiannya berkongsi tentang permasalahan dengan anak perempuannya. Perbualan mereka berkisarkan perbezaan pemikiran di antara dua generasi.




FAKTA YANG BUKAN AUTA

  • Gabungan tiga naskhah menarik yang dilakukan dengan cukup cantik menerusi sususan babak yang sangat kemas menjadikan ia seperti berada dalam satu naskhah.
  • Menampilkan kritikan sosial terhadap sikap orang Melayu secara santai dan bersahaja, namun memberi impak yang begitu besar buat penonton.
  • Tabik untuk pengarahnya, Dr. Rosdeen Suboh atas kreativitinya yang owesome dan bijak bermain dengan kelebihan yang ada terutamanya barisan pelakonnya yang best ya amat.
  • Set pentas yang sangat simple, tetapi berfungsi dengan begitu baik untuk setiap babaknya.
  • Penglibatan para penonton dalam pementasan yang dilakukan dengan cukup santai tanpa ada sebarang paksaan apatah lagi membuatkan penonton rasa terganggu atau kurang selesa.
  • Perkongsian daripada tokoh-tokoh penggiat yang turut hadir pada hari pementasan sangat memberikan impak, malah membuatkan penonton terasa ingin mengenali lebih dekat Allahyarham Syed Alwi. Antara tokoh yang membuat perkongsian ialah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk, Faridah Merican, Datuk, Zulkifly Zain, Datuk Rahim Razali dan lain-lain. Setiap malam menyaksikan perkongsian yang berbeza-beza.
  • Heyyyy.. Nadia Aqilah belanja persembahan solo live menerusi lagu Lagenda. OK yang ini memang enjoice ya amat. TQ Nadia, ubat rindu!
  • Persembahan para pelakon yang semuanya owesome. Tiada siapa yang lebih atau yang kurang kerana kesemua pelakon yang terlibat memainkan peranan mereka dengan begitu baik. Memang layak bagi standing ovation buat semua mereka. Taiyuddin Bakar menerusi watak Tok Perak dan Malik (betul ker nama Malik ni.. ala watak dia dalam Alang Rentak Seribu tu..) memang dahsyat. Dia punya selamba sampai rasa macam watak-watak tu memang benar-benar wujud di alam nyata. Keserasian Nadia Aqilah dengan pelakon baru, Naque Ariffin juga nampak tidak dibuat-buat. Mereka buat kita percaya dengan apa yang ditunjukkan di atas pentas tu..
  • Dengan ini kami mencadangkan agar naskhah ini direstage. OK, cadangan ditutup. - 7KLIK 

Post a Comment

0 Comments