Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SIHAT, CANTIK, MENAWAN BERSAMA SELEBRITI POPULAR


PRIHATIN dengan masalah kesihatan yang sering dikaitkan dengan golongan wanita, RTM memberi panduan dan informasi mengenai senaman dan gaya pemakanan yang sihat untuk mengatasi masalah tersebut menerusi program terbaharu bertajuk Sihat, Cantik dan Menawan.  

Program 13 episod ini menampilkan hos Jeed Zulkefli, disiarkan mulai 24 Disember ini, setiap Isnin hingga Selasa, pukul 11.05 pagi di TV1. Setiap episod siarannya dibahagikan kepada tiga segmen merangkumi Gaya Sihat, Jenguk Selebriti dan Sarapan Sihat. 

Menerusi episod pengenalannya membawa penonton memgikuti segmen Jenguk Selebriti bersama-sama Ashraff Ali, seorang artis yang terlibat dalam dunia peragaan dan lakonan berkongsi tip-tip dan rahsia bagaimana beliau tampil anggun dan berseri. 

Dalam segmen Gaya Sihat pula pakar kesihatan, Sue Wan Suhaila menunjukkan jenis senaman dan cara serta panduan untuk menguatkan otot atas badan, perut, peha dan pinggul. Melengkapkan episod ini segmen Sarapan Sihat yang mana Chef Esa menunjukkan cara membuat Salad Pasta dan Tuna. 

Selebriti yang bakal berkongsi jenis senaman yang dilakukan dan bagaimana mereka menjaga kesihatan termasuklah Amy Mastura yang melakukan rutin berjalan kaki,” jogging” dan “treadmill”, Khai Bahar meluangkan masa bermain badminton dan “jogging”, Wani Hasrita, Dato’ Shah Reza, Raizan Zainal Abidin atau Neves (penyanyi kumpulan Pretty Ugly), Najwa Latif, Adeline Tsen, Izzue Islam, dan Siti Saleha, berkongsi maklumat tentang jenis senaman yang mereka lakukan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan masing-masing.

Ada juga episod bersama selebriti ahli sukan iaitu Indra Putra Mahyudin, seorang pemain bola sepak yang terkenal berkongsi maklumat tentang permainan bola sepak dan juga jenis senaman yang beliau lakukan untuk menjaga kesihatan beliau. 

Manakala Leong Mun Yee, seorang penerjun yang terkenal berkongsi maklumat tentang sukan terjun dan juga jenis senaman yang dilakukan untuk menjaga kesihatannya.




Istimewa episod bersama Shareeta Selvaraj, seorang pelakon dan seorang peragawati yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia’s Next Top Model, berkongsi dengan penonton jenis senaman yang dilakukan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan beliau.

Dalam segmen Gaya Sihat seorang pakar kesihatan, Sue Wan Suhaila diundang bagi menunjukkan aktiviti dan teknik-teknik pemanasan badan sebelum sesuatu jenis senaman dilakukan. Berikutnya Sue Wan Suhaila menunjukkan senaman “crunches”, “crossover crunches” dan “plank” untuk menguatkan otot tengah perut dan di bahagian pinggang, “aquarobic” dan lain-lain senaman didalam air untuk menguatkan otot kaki, pinggul dan tangan, “toning” untuk membantu menguatkan otot dan membakar lemak, “circuit training” untuk membantu meningkatkan stamina dan membakar lemak dengan efektif, dan senaman “kerusi” untuk membantu meningkatkan stamina dan membakar lemak semasa duduk di atas kerusi.

Ada juga senaman berpasangan untuk menguatkan otot perut, dada dan peha, senaman bahagian atas badan dengan menggunakan pemberat untuk mengguatkan otot bahu dan tangan, zumba, sebuah senaman kadio yang baik untuk kecergasan.

Senaman fleksibiliti untuk meregangkan otot dan juga untuk membantu dalam menggerakkan sendi dengan bebas, senaman “aerodance” di mana gerakan senaman dirancakkan dengan alunan muzik terkini juga senaman regangan, sebuah senaman untuk meregangkan otot di pinggang, tangan dan bawah kaki.

Menarik pastinya segmen penyediaan resepi hidangan sihat oleh Chef Isa yang menunjukkan cara membuat Murtabak Mini Ayam dengan menggunakan kulit popiah, Puding Roti Berempah, Kacang Pool, Sandwich Burito, Nasi Lemak Lemuni dengan Sambal Udang Petai, Popiah Vietnam, Kari Kacang Kuda dan Lempeng Daun Bawang juga Sandwich Ayam Panggang. 

Turut ditunjukkan cara membuat overnight oats, Roti Sumbat Bakar, Cucur Udang, Tauhu dan Jagung serta Pastri Cincin Berinti Telur dan Bayam.



SIHAT, CANTIK, MENAWAN 
Episod: 13      
Hari: Setiap Isnin dan Selasa (Mulai 24 Disember 2018)
Masa: 11.05 pagi 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM     
Pengacara: Jeed Zulkifli 


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments