Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pesawat Lion Air terhempas, 189 penumpang dipercayai terkorban

[KREDIT FOTO: The Reporter]

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.

Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.

Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Advertisement

"Pesawat itu disahkan telah terhempas," jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal beritaReuters.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Pesawat malang itu dari jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan udara Flightradar 24.


Post a Comment

0 Comments