Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TRAVELOG PERKENAL LOKASI TANAH TINGGI MENARIK SELURUH NEGARA


MEMPERKENALKAN kawasan tanah tinggi yang terdapat di setiap pelusuk negeri di Malaysia, RTM tampil dengan program travelog terbaharu bertajuk Mereka Di Tanah Tinggi yang memberi berfokus kepada alam flora dan fauna yang terdapat disesuatu tempat tersebut serta lokasi dan mercu tanda istimewa di sekitar tempat itu. 

Bersama-sama pengacara Fiona Benard, program mula bersiaran 9 Julai ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari menerusi TV1 ini melawat gunung di seluruh negara termasuklah Gunung Keriang, Gunung Jerai dan Gunung Macincang di Kedah, diikuti Bukit Larut, Kuala Woh, dan Gunung Lang di Perak. Tiga lokasi di Pahang iaitu Pos Senderut, di Raub, Lata Minjong, di Kuala Lipis, dan Cameron Highlands. 

Ikuti perkongsian menarik di Bukit Jugra, Banting, Selangor, Kenaboi, Jelebu di Negeri Sembilan, Tanjung Tuan, Melaka, dan Bukit Bendera, Pulau Pinang dalam 13 episod siarannya. 

Gunung Keriang terletak Alor Setar, Kedah mendahului siarannya dengan melawat Gunung Keriang dimana terdapatnya Gua Terus, Gua Landak dan Gua Cermin. Hos juga mempelajari cara mencari batu kristal di dalam gua serta membersihkan sesuatu batu kristal tersebut. 

Seterusnya, beliau melawat sebuah kedai yang menjual batu-batu kristal yang digunakan untuk menjaga kesihatan dan juga untuk merawati beberapa penyakit.

Mula menjadi sebutan dek penangan lagu Cinta Pantai Merdeka dendangan Kumpulan Tropika, episod berikutnya mengajak penonton melawat Gunung Jerai di Tanjung Dawai, Kedah. Kemudian, pengendali aktiviti lasak disana, memberi tunjuk ajar tentang “waterfall abseiling”. 

Selain dari aktiviti “abseiling” terdapat juga aktiviti sukan lasak yang lain seperti “jungle trekking”, “flying fox” dan “para gliding”. Hos, juga melawat Padang Tok Sheikh serta Telaga Tok Sheikh yang terletak di Gunung Jerai.

Seterusnya singgah di Bukit Larut, Taiping, Perak. Fiona Bernard, melawat beberapa tempat di bukit tersebut. En Rosli Ahmad Shafie, pengurus Peranginan Bukit Larut juga berkongsi maklumat tentang sejarah Bukit Larut dan aktiviti-aktiviti yang terdapat disitu.




Aktiviti diteruskan dengan melawat kawasan hutan lipur di Kuala Woh, yang terletak tiga belas kilometer dari Tapah. Seorang jurulatih aktiviti lasak di tempat tersebut, menerangkan tentang aktiviti-aktiviti lasak yang terdapat di situ, seperti “kayak lasak”, "body rafting" dan lain-lain. Kemudian, beliau juga memberi tunjuk ajar kepada hos tentang aktiviti “kayak lasak”. Seterusnya hos juga mengambil bahagian dalam aktiviti lasak yang lain iaitu “body rafting”.

Menarik dalam episod Pos Senderut, Raub, Pahang berkongsi maklumat lanjut tentang tempat itu dari Abang Ewok, seorang guru yang berasal dari Sabah, dan mengajar di Pusat Pendidikan Komuniti Cenwaey Penaney. 

Beliau juga menerangkan tentang projek pendidikan dan aktiviti yang diadakan untuk kanak-kanak orang asli, suku kaum Semai, yang duduk disitu. Seterusnya, hos bersama Abang Ewok masuk ke dalam hutan pada waktu malam untuk mencari katak liar. Katak liar merupakan sebuah makanan istimewa bagi kaum asli di sana.

Ada juga episod di Lata Minjong, Kuala Lipis, Pahang berkongsi flora dan fauna yang terdapat di kawasan bukit itu. Disamping itu beliau juga berkongsi maklumat tentang daun-daun dan buah-buahan yang terdapat di hutan tersebut untuk digunakan sebagai ubat.

Paling mengujakan pastinya kunjungan ke Cameron Highlands, Pahang melawat kebun dan diterangkan tentang jenis-jenis tanaman yang didapati di kebun tersebut dan juga cabaran yang dihadapi oleh pengusaha serta keluarga mereka.

Ikuti juga perkongsian menarik dalam episod mengangkat lokasi Bukit Jugra, Banting, Selangor melawat sebuah rumah api, yang bersejarah. Sementara itu lawatan ke Kenaboi yang terletak berdekatan bandar Jelebu di Negeri Sembilan untuk memerhatikan pelbagai jenis burung yang berada di kawasan tersebut. 

Melengkapkan lagi tiga episod iaitu di Tanjung Tuan, Melaka masuk kedalam hutan dimana En Nikmat berkongsi maklumat tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan itu. Disamping itu, mereka juga melawat “tapak“ Hang Tuah dan Rumah Api Tanjung Tuan. Begitu juga lokasi Gunung Lang, Perak melawat sebuah gua dimana pada suatu ketika dahulu samsu haram dibuat. Diikuti Bukit Bendera, Pulau Pinang dan keistimewaan Gunung Macincang, Pulau Langkawi.


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments