PROMOSI Telefilem Abah ini bertujuan untuk menjalankan program bagi memenuhi keperluan subjek semestar enam dan dianjurkan oleh pelajar semestar lima, semester enam dari kursus FF226 (Pengurusan Industri Kreatif) Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM, dengankerjasama Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) dan National Film Development Corporation Malaysia (FINAS).
Kerjasama yang dijalankan bertujuan menlancarkan lagi malam promosi telefilem dengan jayanya dan berinovasi untuk masa akan datang.
SINOPSIS
Telefilem Abah mengisahkan seorang anak yang dilakonkan oleh Sara Ali yang berusaha mencari Abahnya yang hilang setelah mengembara untuk mencapai cita-citanya, yang tinggal dikawasan felda.Pelbagai cara telah telah dilakukan dengan membuka sebuah perniagaan dengan membuat perniagaan yang dijalankan itu terkenal dengan harapan Abahnya dapat mengenalinya. Pelbagai dugaan yang ditempuh oleh keluarga tersebut untuk menempuhi hidup setelah kehilangan Abah.
Pelakon: Sara Ali, Sherie Merlis, dan Azhari Zain
Arahan: Azhari Zain
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh: 4 Julai 2018 (Rabu).
Masa: 3.00 petang – 12 malam
Tempat: Ruang Eksperimental FiTA, UiTM Puncak Perdana.
Aanjuran: Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana.
FINAS, FELDA, Ikatan Seni Komuniti FELDA (ISKAF) dan Majlis Belia FELDA Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk membuka minda dan memberi pendedahan khususnya kepada golongan belia FELDA mengenai Industri Kreatif Malaysia dalam bidang perfileman menerusi bengkel perkongsian ilmu dan sesi bersama mentor yang telah diadakan.
Selain itu, program ini juga merupakan inisiatif kerajaan dalam pembangunan modal insan khususnya bagi kemajuan industri kreatif yang terdiri daripada belia anak FELDA telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti di belakang tabir seperti Pengurusan Produksi, Penataan Seni, Teknikal, Kamera, Pencahayaan dan Audio, Pengarahan, Tatarias, Kesan Khas serta Keberkesanan Penggunaan Media Sosial.
Telefilem Abah ini merupakan hasil daripada usaha dan tenaga anak-anak FELDA yang menjadi krew dalam Produksi ISKAF.
[KREDIT: UiTM Puncak Perdana]
0 Comments