Hot Posts

6/recent/ticker-posts

LENGKAPI PERCUTIAN MUZIK HUTAN HUJAN


RIBUAN pengunjung Festival Borneo akan menuju ke nadi rimba Borneo dari 13-15 Julai bagi menikmati irama muzik dunia oleh pemuzik terkenal dari seluruh dunia.

Di sebalik festival itu sendiri, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di dalam dan sekitar perkampungan festival di Semenanjung Damai (Santubong), selain wilayah sekelilingnya. 

Berikut adalah beberapa idea daripada Agoda untuk membawa percutian muzikal anda ke tahap seterusnya:




1. Nikmati alam dan budaya
Semenanjung Damai merupakan terletaknya Taman Negara Gunung Santubong dan Kawasan Tanah Lembap Kuching, satu tapak Ramsar dikenali kerana kepelbagaian hidupan liarnya dan lokasi kembara denai ekstrem. Peminat alam sekitar pasti seronok melakukan aktiviti kembara denai sehingga ke kaki Gunung Santubong dan meninjau ikan dolfin Irrawaddy, buaya dan kelip-kelip di Tanah Lembap Kuching. Pengembara denai yang serius boleh cuba mendaki gunung hingga ke puncaknya.

Terletak berhampiran ialah Kampung Budaya Sarawak, di mana pelawat boleh menikmati budaya pelbagai kumpulan etnik yang ada di negeri terbesar di Malaysia itu.

Hotel-hotel seperti The Waterfront Hotel menawarkan pilihan bilik yang menarik di pusat bandar raya yang juga di dalam jarak ulang-alik untuk melakukan aktiviti alam sekitar dan kebudayaan.




2. Berkayak di Sungai Semadang
Bagi pelawat yang menyukai aktiviti kembara, cubalah berkayak di sepanjang Sungai Semadang. Dengan berkayak yang hanya dua jam kepada pengembaran sehari penuh sepanjang Sungai Upper Sarawak Kiri, peminat aktiviti air boleh menikmati pemandangan hutan rimba di kedua-dua belah sungai, batu-batuan besar dan pelbagai spesies ikan. Nikmati pemandangan Sungai Sarawak sepanjang hari dan malam dari Grand Margherita Hotel. 




3. Perjalanan mengimbau sejarah silam
Peminat sejarah akan terpersona dengan banyaknya bangunan bersejarah dan dipulihara dengan baik di Kuching. Oleh kerana tempat tarikan terletak di sekitar Tebingan Kuching, ia cukup mudah dijejaki hanya dengan berjalan kaki.

Dari Tebingan Kuching, pengunjung boleh menaiki perahu penambang, untuk menyeberang ke Kubu Margherita, dibina pada 1879, dan The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah. Ke utara sungai tersebut adalah Kampung Melayu trasisional termasuk Kampung Boyan yang terkenal untuk diteroka. Pelawat boleh juga mencuba pelbagai makanan tradisional dan kuih-muih termasuk kuih lapis, yang terkenal.

Tempat-tempat menarik lain termasuk Masjid Kuching atau masjid lama, Muzium Warisan Sarawak, Muzium Warisan Islam dan Muzium Sejarah Cina. Terletak berhampiran ialah pilihan tempat penginapan yang hebat seperti The Ranee Boutique Suites.




[KREDIT: Agoda/Go Communication]

Post a Comment

0 Comments