Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Moscow Circus bakal beraksi selama lapan bulan di Malaysia


BUAT pertama kali, tradisi sarkas Rusia yang dikenali seluruh dunia bakal menggegar Malaysia sepanjang kembara selama lapan bulan di seluruh negara yang turut menampilkan pelbagai aksi mempesona dan mengagumkan.

Acara menarik dan luar biasa ini akan mengadakan kemunculan sulungnya di Malaysia di sepuluh bandar merentasi tujuh negeri, dimulakan dengan set pertunjukan pertama pada 10 Ogos hingga 2 September 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya. 

Rombongan tersebut akan menuju ke wilayah utara ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 13 hingga 30 September serta Auto City, Prai pada 5 hingga 21 Oktober, diikuti oleh lokasi-lokasi lain yang diperuntukkan termasuk Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan, serta Klang, yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019.

Lawatan edisi khas ini yang turut dikenali sebagai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19, merupakan hasil ilham daripada Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovic.

Pertama kali dalam sejarah, The Moscow Circus membawakan rombongan yang dipilih daripada dua syarikat sarkas termasyhur – the Boishoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus.



“Kami amat teruja untuk mengumumkan kemunculan The Moscow Circus Tour of Malaysia yang bakal berlangsung selama lapan bulan akan datang. Pertunjukan ini merupakan peluang emas buat penonton untuk menyaksikan persembahan bertaraf antarabangsa daripada Nikulin Moscow Circus dan Bolshoi Circus. 
Kami turut berharap untuk membawakan aktiviti-aktiviti menarik semasa jerayawara di serata negara untuk mempamerkan pelbagai aksi sarkas serta berhubung rapat dengan penonton bersama rakan kongsi kami. Ternyata, ia akan memberikan pengalaman yang luar biasa!” kata Kenneth Lee, Penerbit The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19.

Kumpulan seniman sarkas Rusia yang dikenali ramai ini telah memukau penonton di seluruh pelusuk dunia selama berpuluh tahun dengan memberikan persembahan penuh dengan ciri kesenian dan kemahiran atletik. 




Pengunjung dari setiap peringkat umur akan dibawa ke alam fantasi melalui pelbagai persembahan unik oleh artis trapez, juggle, ahli akrobat dan gimnastik yang memukau setiap penonton pada masa sama.

Aksi-aksi luar biasa yang penonton bakal menyaksikan termasuk persembahan tarian terapung oleh aerialist dan pejalan kaki wayar tinggi yang mendebarkan, artis trapez serta akrobat Swing Rusia, bersama sorotan khas yang turut ditampilkan seperti persembahan juggling yang memukau daripada Semen Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi, pemutar diablo yang mencabar graviti serta persembahan daripada pakar ilusi, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants.

Setiap persembahan akan menampilkan program khas selama dua jam merangkumi hampir 40 artis profesional yang dijaminkan akan menarik perhatian setiap penonton. 



“Ia merupakan peluang terbaik buat para keluarga, hadirin berpasangan serta sekumpulan rakan-rakan untuk merasai pengalaman seumur hidup yang menghiburkan. 
Ini menerangkan harga tiket mampu milik yang kami tawarkan serendah RM50 serta pertunjukan yang berlangsung sehingga 24 hari di setiap bandar kerana kami tidak mahu sesiapa pun untuk melepaskan peluang mereka menghadiri ke salah satu pertunjukan kami untuk menikmati persembahan-persembahan unik yang tidak dapat disaksikan di tempat lain,” tambah Kenneth Lee.

Para Penerbit Eksekutif dan Penerbit acara ini turut mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan sumbangan positif diberikan terhadap komuniti dan ekonomi Malaysia. Selaras dengan misi kerajaan bagi warga Malaysia untuk membantu mengatasi hutang negara, sebahagian daripada hasil jualan tiket akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia.

The Moscow Circus akan padankan jumlah yang dikumpulkan dengan harapan sekurang-kurangnya RM1,000,000 dapat diraih untuk dana tersebut.



“Kami amat berterima kasih atas peluang yang diberikan untuk mempersembahkan aksi-aksi menakjubkan kepada warga senegara daripada sekumpulan artis bertaraf antarabangsa. 
Pentingnya juga bagi kami untuk memainkan peranan dalam memberi sumbangan daripada hasil jualan kami kepada Tabung Harapan kerajaan negara. 
Oleh itu, pembeli tiket bukan sahaja berpeluang menikmati acara kami, namun turut beramal kepada negara pada masa yang sama,” kata Dato’ Sri G Radakrishnan, Penerbit Eksekutif The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19.

Tiket acara ini boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan teratas. Bagi melengkapkan pengalaman di dalam sarkas, keseluruhan persembahan akan diadakan di bawah khemah circus Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Ia bakal menjadi khemah sarkas terbesar yang pernah bertapak di Malaysia!

Untuk maklumat lanjut tentang The Moscow Circus, layari www.themoscowcircus.net .




Mengenai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19

Buat pertama kali di Malaysia, Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Mr Yahna SG, bersama Penerbit Mr Kenneth Lee dan Mr Victor Pilipovic membawakan anda, The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 merupakan penerbitan khas yang menampilkan artis-artis dipilih secara teliti gabungan daripada dua syarikat sarkas Rusia terbesar dan termasyhur, the Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus.

Artis sarkas Rusia yang bertaraf antarabangsa dan terletak di puncak kesenian sarkas dunia telah memukau penonton di seluruh pelusuk global selama berpuluh tahun dengan persembahan penuh ciri kesenian dan kemahiran atletik.

The Moscow Circus akan melangsungkan kembara ke 10 bandar di serata negara meliputi Petaling Jaya, Pulau Pinang, Prai, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang. Terdapat juga perancangan untuk membawakan acara ini ke Sabah dan Sarawak selepas kembara di Semenanjung Malaysia. Kembara Semenanjung Malaysia akan bermula pada 10 Ogos 2018 dan akan mengambil masa sepanjang lapan bulan untuk selesai.

Setiap acara merangkumi program bertaraf antarabangsa selama dua jam yang menampilkan hampir 40 artis yang akan memulakan program dengan pertunjukan cavalcade oleh semua artis, diikuti oleh persembahan menakjubkan daripada aerialist, penjalan kaki wayar tinggi, artis trapez, akrobat, juggler, pemain roller skate, pemutar diablo dan pakar ilusi, semuanya dikendali oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants.

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas para penonton, keseluruhan persembahan akan bertempat di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 penonton. Khemah The Moscow Circus bakal menjadi khemah sarkas terbesar di Malaysia.

Maklumat Acara The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/9

Masa pertunjukan
Selasa – Khamis: 8.30 Malam
Jumaat: 5.30 Malam & 8.30 Malam
Sabtu & Ahad: 11.30 Pagi, 3.00 Petang & 7.30 Malam


[KREDIT: Ink PR Sdn Bhd/The Moscow Circus]

Post a Comment

0 Comments