ANDA tahu tak, ada barang di dalam rumah kita yang tidak ditulis tarikh luput tetapi perlu ditukar apabila tiba masanya. Nak tahu apa barang itu jom baca di bawah ini.
1. Bantal
Tarikh Luput: Antara 2-3 tahun.
Bila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda. Jadi bila sampai tamat tempohnya baik dibuang saja.
2. Selipar
Tarikh Luput: Dalam Masa 6 Bulan
Selipar adalah habitat paling terbaik untuk fungus atau kulat. Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh selalu selepas digunakan, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.
3. Span Mandi
Tarikh Luput: 2 minggu sahaja.
Dah digunakan hari-harikan masa mandi mesti banyak bakteria-bakteria yang melekat di situ.. Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya ke dalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.
4. Tuala
Tarikh Luput: Antara 1-3 Tahun.
Walaupun ianya dibasuh secara kerap, masalah bakteria tetap tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, apabila tiba masanya, paling lama 3 tahun penggunaan, buanglah dan tukar kepada tuala yang baru.
5. Berus Gigi
Tarikh Luput: 3 bulan sahaja.
Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali tau. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang baru. Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kembang dan kerinting.
6. Sikat Rambut
Tarikh Luput: 1 tahun sahaja.
Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti setiap 1 tahun.
7. Minyak Wangi
Tarikh Luput: 3-4 Tahun.
Minyak wangi mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Jadi jangan simpan lama-lama minyak wangi tu ya kalau nak guna.
8. Puting Bayi
Tarikh Luput: 2-5 minggu sahaja.
Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak. Ini amat penting untuk kesihatan bayi anda.
9. Penyembur Anti Nyamuk
Tarikh Luput: Bertahan hanya 2 tahun.
Selepas 2 tahun, nyamuk menyanyi riang kerana bahan ini sudah tiada fungsinya kalau disembur pada mereka.
10. Pemadam kebakaran
Tarikh Luput: Luput dalam masa 15 Bulan.
Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.
11. Soket
Tarikh Luput: Luput dalam masa 4-5 Tahun.
Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4-5 tahun bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna kuning, ia wajib diganti.
0 Comments