RANGKAIAN Televisyen Media Prima (MPTN) sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju industri penyiaran apabila memenangi lima anugerah utama di The World Media Festival 2018 yang berlangsung di Hamburg, Jerman.
Jika tahun lalu MPTN telah memenangi beberapa kategori utama, tahun ini MPTN meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya meraih tiga anugerah emas dan dua perak di The World Media Festival 2018.
Anugerah yang telah dimenangi oleh MPTN adalah:
Anugerah Intermedia-globe Gold:
- Kategori Dokumentari: Station Image Promotion (GO GO Wonderful)
- Kategori Promosi Jualan: Pengurusan Acara (Golden Awards ntv7)
- Web: Pengurusan Acara & Webcasts - Secara Langsung (Piala Malaysia 2017)
Anugerah Intermedia-globe Silver
- Kategori Berita: Station Image Promotion (ABPBH 2017)
- Kategori Dokumentari: Station/Network I.D (Karnival Jom Heboh 2017)
Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Encik Johan Ishak,
“Kami amat berbangga kerana anugerah-anugerah yang diterima ini adalah satu pengiktirafan terhadap kebolehan Media Prima menyediakan kandungan yang berkualiti dan menepati piawaian antarabangsa.
Pastinya, anugerah yang diterima ini menjadi pemangkin untuk terus berdaya saing dan berusaha dalam memberikan yang terbaik untuk setiap program yang kami terbitkan.”
Ujar Johan lagi,
“Pastinya sebagai penyiar utama di Malaysia, kelebihan kami terletak pada warga kerja yang mampu memberi perkhidmatan dan kualiti kerja yang terbaik kepada para pengiklan.
Dengan kekuatan kami menerusi platform media tradisional dan penguasaan digital yang sedang giat dijalankan ini mesej-mesej pelanggan akan dapat disebarkan dengan lebih menyeluruh.
Para pelanggan kami juga menikmati kelebihan iaitu kepakaran barisan tenaga kerja kami yang sangat komited dalam melaksanakan sesuatu kempen dan menyampaikan mesej berkesan kepada para pengguna.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid berkata,
“Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), turut memenangi anugerah perak di World Media Festival. Kami berterima kasih kerana kejayaan ini melibatkan kerjasama berkumpulan tenaga kerja yang professional dan kreatif bagi memastikan acara tahunan majlis anugerah surat khabar Berita Harian itu berlangsung dengan cemerlang dan menerima jumlah tontonan 5.5 juta pada tahun lalu.”
The World Media Festival adalah pertandingan bagi pengamal media di peringkat global dan antara acara paling berprestij dalam dunia komunikasi media.
[KREDIT: MEDIA PRIMA]
0 Comments