JOM kita ikuti 10 perkara sunah yang boleh diamalkan ketika anda bercuti.
1. Memulakan perjalanan pada hari Khamis
“Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
2. Memulakan perjalanan pada waktu malam.
“Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)
3. Meminta izin dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga.
"Apabila seseorang dari kamu akan bermusafir , hendaklah meminta izin kepada saudara-saudaranya, sebab sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan kebaikan pada doa mereka."(Diambil dari kitab al-Azkar Imam Nawawi)
4. Dirikan solat sunat 2 rakaat sebelum keluar rumah. Moga Allah permudahkan segala urusan.
“Tidaklah seseorang meninggalkan sesuatu bagi keluarganya yang lebih baik dari 2 rakaat yang dilakukan di sisi mereka ketika berniat untuk bermusafir”(Hadis diriwayatkan oleh Tabrani)
5. Membawa beg kecil yg berisi keperluan diri. Macam Rasulullah sendiri membawa beg kecil berisi kayu sugi, celak, sikat, cermin dan kayu wangi.
6. Bermusafir dengan berteman. Kalau lebih dari 3 orang, sunat melantik ketua bagi perjalanan tersebut.
“Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
7. Meminta orang bermusafir mendoakan kita kerana doa orang yang bermusafir lebih mustajab.
"Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
8. Bertakbir bila melalui tempat tinggi dan bertasbih ketika menuruni tempat tinggi.
Dari Jabir r.a. dia berkata: “Apabila kami naik kami bertakbir, dan apabila turun kami bertasbih”(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari)
9. Membaca doa sebelum bermusafir, doa naik kenderaan dan doa ketika memasuki suatu kawasan atau tempat orang.
10. Membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Kebanyakan dari kita selalu membeli buah tangan untuk dibawa pulang, tapi sayangnya kita lakukan tanpa mengetahui bahawa ia sebahagian dari sunnah Rasul.
0 Comments