Hot Posts

6/recent/ticker-posts

WANNA ONE WORLD TOUR, KUALA LUMPUR


BERSIAP sedia untuk satu fenomena! Band popular Korea, Wanna One bakal menggegarkan dunia. Penganjur konsert, YJ Partners dengan bangganya membawakan band diminati ramai ke Kuala Lumpur pada 21 Julai 2018 untuk satu konsert bersejarah.

Sejak penubuhan Wanna One yang lahir daripada rancangan Produce 101 Musim ke-2 (2017), band tersebut telah meraih  kejayaan hebat sehingga berjaya mengumpul ribuan peminat dan menjadi duta untuk jenama-jenama hebat. Wanna One merupakan band K-pop pertama berjaya mencatatkan jualan album melebihi jutaan unit sejak album debut mereka dilancarkan.

Album kedua band tersebut, 0+1=1 (I Promise You) dilancarkan pada 19 Mac 2018. Wanna One merancang untuk memberikan seluruh energi mereka bagi menjadikan tahun ini tahun terbaik untuk para peminat serta menjadi satu keraian sepanjang mereka bersama.

Wanna One juga dijadualkan akan membuat persembahan di bandar-bandar utama sekitar Amerika Syarikat seperti San José, Dallas, Chicago, dan Atlanta. Mereka juga akan menjayakan konsert di Singapura, Jakarta, Hong Kong, Bangkok dan Melbourne.

Persembahan mereka akan diadakan di Axiata Arena pada 21 Julai 2018. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial. 

YJ Partners bersama rakan kerjasama di Malaysia, IMC Live Group akan membawakan konsert satu hari ini di Kuala Lumpur. 


[KREDIT INFO & FOTO: YJ PARTNERS]

Post a Comment

0 Comments