Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TikTok cetuskan trend video pendek


TIK TOK, platform video pendek yang diilhamkan untuk pencipta generasi baharu, telah menularkan cabaran video di Malaysia, dinamakan Fool in Love

Dilancarkan pada Hari April Fool, pengguna Tik Tok di seluruh Asia memuat naik video yang mencuit hati dengan tag #foolinlove dalam mana mereka melakonkan aksi-aksi lucu dengan meletakkan dagu mereka di atas tapak tangan dalam pelbagai babak yang mengejutkan. 

Pelakon Korea Yoo Seon Ho menggunakan sos tomato dan kentang goreng secara kreatif untuk menghidupkan lakonan babak jenayah.

Dalam masa 48 jam selepas cabaran itu di lancarkan di media social, lebih 16,000 pengguna di seluruh Asia telah menghasilkan salah satu video ini, dengan sejumlah lebih daripada 15 juta tontonan. Klip video Tik Tok #foolinlove telah dikongsi lebih 240,000 kali di Facebook, Instagram dan rangkaian media sosial lain.

Trend ini pada asalnya dimulakan oleh artis terkenal Korea Selatan Lee Jong Suk di Tik Tok pada sekitar 14 Februari (Hari Valentine). Videonya, dengan tag #iamyourvalentine, memperlihatkan pelakon Korea pujaan ramai itu meletakkan dagunya di atas tapak tangan dalam pelbagai aksi, melemparkan senyuman manis menawan setiap kali. 




Lakonan yang menarik itu menawan lebih 680,000 hati (likes) dalam masa seminggu di Tik Tok, yang juga menarik lebih ramai artis Korea untuk menyahut cabaran di Tik Tok, termasuk Nam Joo-hyuk, BlackPink, Yoo Seon Ho dan lain-lain.

Trend ini menjadi ikutan disebabkan ciri-ciri Tik Tok yang hebat dan menyenangkan sesiapa sahaja untuk merakam dan menyunting video 15 saat dengan telefon bimbit mereka. Tik Tok menawarkan beberapa kesan khas yang menakjubkan dan dipacu oleh kecerdasan buatan (artificial intelligence). 

Pengguna boleh mengguna fungsi menarik seperti tapis pencantikan masa sebenar dan tapis pewarnaan rambut untuk menghasilkan klip yang mengagumkan atau membuat penggambaran video lucu bersama kawan-kawan dan juga haiwan peliharaan dengan pelekat dan prop 3D yang comel.

Sejak pelancarannya, Tik Tok telah menjadi fenomena di pelbagai pasaran Asia. Tik Tok menduduki tempat No. 1 dalam senarai aplikasi percuma di Google Play Malaysia. Aplikasi ini juga menduduki tempat teratas di iOS App Store di Thailand dan Jepun dalam masa 6 bulan selepas aplikasi dilancarkan di kedua-dua pasaran tersebut. 




Di Korea, Tik Tok mendapat tempat pertama dalam kategori Video Players di Google Play Korea.  

Video cabaran Tik Tok #foolinlove yang mendapat perhatian ramai:
Yu Seon Ho - #foolinlove
RunningMan - #iamyourvalentine
Danny_AhBoy - #foolinlove
aqilzulkiflee - #foolinlove
syaanasir - #iamyourvalentine
Jack - #iamyourvalentine

Daripada #IamYourValentine hingga #FoolinLove: Tik Tok Cetuskan Trend Video Pendek Tular di Malaysia dan seluruh Asia. 

Selepas menawan 294,000 hati (Likes) untuk videonya #iamyourvalentine pada Februari lalu, pelakon Korea Yoo Seon Ho menghiburkan 320,000 peminatnya sekali lagi dengan satu lagi video dengan tag #foolinlove menerusi platform video pendek yang paling popular di Asia, iaitu Tik Tok pada Hari April Fool (1 April).

Pencipta video YouTube berpengaruh yang mempuyai ramai pengikut di Malaysia, Danny_AhBoy dan Aqilzulkiflee, disertai oleh lebih daripada 16,000 pengguna Tik Tok menyahut cabaran sama telah berjaya menarik 15 juta penonton dalam 48 jam. 


[CREDIT: TIKTOK]

Post a Comment

0 Comments