Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pak Pandir Sebuah Muzikal, kisah pengembaraan menghiburkan


PAK Pandir Sebuah Muzikal yang menampilkan sebuah pementasan teater berkonsepkan fantasi muzikal ini mengisahkan pengembaraan Pak Pandir bersama kambingnya dalam menyelamatkan Mak Andih yang telah diculik oleh Ratu Labah-labah.

Di dalam perjalanan tersebut Pak Pandir telah menyelamatkan Bawang Putih yang dianiaya oleh ibu dan adik tirinya kemudian, Pak Pandir membantu Sang Kancil ingin menyeberang sungai yang didiami oleh Sang Buaya. 




Pengembaraan Pak Pandir yang diiringi sejumlah 17 lagu-lagu baharu, lirik serta lagu hasil ciptaan Amar Reza Zainalabidin yang turut bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip bagi pementasan ini. 

Sehubungan itu, projek ini dikendali pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater dan Pengurusan Industri Kreatif semester akhir, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana.



“Saya mengambil masa hampir lima bulan untuk menyiapkan keseluruhan naskah dan mendapat inspirasi dari sebuah pementasan Broadway iaitu Shrek The Musical.
"Selain mempertaruhkan karakter dongeng terkenal Pak Pandir, saya cuba mengangkat serta mengembalikan cerita-cerita dogeng rakyat menerusi naskah ini yang semakin lama semakin hilang ditelan arus pemodenan. 
“Pementasan ini selain berbentuk hiburan, 10 peratus dari setiap kutipan tiket akan disalurkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih”, kata salah seorang pelajar yang dinilai Amar Reza Zainalabidin. 



Kini latihan sedang giat dijalankan menjelang pementasan kelak dan perkembangan seramai 120 orang tenaga kerja produksi pementasan Pak Pandir Sebuah Muzikal dimuatkan di media sosial Instagram @pakpandirsebuahmuzikal yang berbentuk video dan foto sekitar sesi latihan. 

Berjayakah Mak Andih di selamatkan oleh Pak Pandir? Saksikan kesudahannya dalam Pak Pandir Sebuah Muzikal. 




SINOPSIS PAK PANDIR SEBUAH MUZIKAL

Pak Pandir Sebuah Muzikal menceritakan perjalanan Pak Pandir dalam menyelamatkan Mak Andih yang diculik oleh Ratu Labah-labah. Namun, di dalam perjalanan tersebut Pak Pandir telah menyelamatkan Puteri Buluh Betong yang terkena panahan rambang, kemudian Pak Pandir membantu Bawang Putih yang sering dianiaya oleh adik dan ibu tirinya, Pak Pandir juga telah membantu Sang Kancil menyeberang sungai yang didiami oleh Sang Buaya. Setibanya Pak Pandir di Istana Ratu Labah-labah, berlaku sedikit pergelutan dan akhirnya Mak Andih berjaya diselamatkan oleh Pak Pandir.




BIODATA PENGARAH

Amar Reza Bin Zainalabidin
Pengarah, Komposer, Penulis skrip dan lirik Pak Pandir Sebuah Muzikal

- Jurulatih Praktikal Sekolah Seni Malaysia, Sarawak (2017)
- Jurulatih Pasukan Teater SMK Sungai Pusu (2016-2018)
- Jurulatih Pasukan Gerakrama Tabika Kemas Gombak (2015)
- Pengarah dan koreografer Teater Mahkamah Sekolah Seni Malaysia, Sarawak (2017)
- Komposer, Penolong pengarah muzik dan Koreografer Teater Bangsawan Dang Isah Sekolah Seni Malaysia, Sarawak (2017)
- Pengarah, penulis skrip, lirik dan komposer Dato Onn Sebuah Muzikal (2015)
- Pengarah dan penulis skrip Teater Komedi Agen 001 (2017)
- Pengarah, penulis skrip dan lirik Teater Muzikal Landasan Maut (2017)
- Pengarah, penulis skrip dan pengarah muzik Teater Puteri Gunung Ledang (2017)
- Pengarah dan penulis skrip Teater Bah Cinta (2016)
- Pengarah dan penulis skrip Teater Monolog Di Dalam Perut Bumi (2016)
- Pengarah dan penulis skrip Teater Monolog Syurga Buat isteri (2015)
- Penolong Pengarah, Komposer dan Penulis Lirik Teater Benua Igau (2017)
- Komposer dan Koordinator Muzik Teater Bangsawan Hikayat 1001 Malam (2017)
- Komposer dan Penulis Lirik Teater Kelongsong (2017)
- Komposer, penulis lirik dan penolong pengarah muzik Teater Mahsuri (2017)
- Komposer dan Penulis Lirik Teater Kanak-kanak Pensil Kerdil Yang Ajaib (2017)
- Komposer Teater Kanak-kanak Azam Si Angkasawan (2016)
- Penulis Lirik Teater Muzikal Mencorak Destini (2015)


Pak Pandir Sebuah Muzikal
Tarikh: 4-6 Mei 2018
Masa: 2.30 Petang & 8.30 Malam
Tempat: Dewab Seri Budiman, UiTM Shah Alam 

Post a Comment

0 Comments