Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MAK CUN MUSIM 4, HIMPUN LEBIH RAMAI SELEBRITI POPULAR


DRAMA Mak Cun menerusi slot Dahlia yang sudah memasuki musim ke empat bermula 7 April ini, melakar sejarah tersendiri apabila telah berjaya ke 'New York Fashion Week'! 

Mak Cun musim baharu ini menghimpunkan ramai pelakon dan penyanyi hebat seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Dato’ Awie, Syamel dan Aiman Tino. 

Pelbagai usaha telah dilakukan Mak Cun untuk memajukan perniagaan dan mengukuhkan jenamanya. Kali ini, Mak Cun memperluaskan empayarnya hingga ke New York! 




Bukan calang-calang orang apatah lagi usahawan desa yang mampu membina jenama hingga ke peringkat antarabangsa, tetapi Mak Cun telah berjaya! 

Musim baharu ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio (Erra Fazira) dan Rock (Dato’ Awie) untuk menjadi geng Mak Cun. 

Mak Cun semakin berjaya dengan perniagaan Mart dan onlinenya.  Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah (Azizah Mahzan) isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. 




Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka. Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana.

Atul pula merasakan dah sampai masanya dia menumpukan perhatian dengan tanah pusaka yang terbiar lama itu. Mak Cun bersetuju dengan cadangan Atul itu lagipun dia sudah ada Cik Pon, pembantu yang boleh diharapkan. 

Sudah tentu, Manisah masih lagi tidak puas hati dengan kejayaan Mak Cun. Dia juga mahu berjaya seperti Mak Cun, lalu dia mencari jalan untuk berniaga juga. 




Manisah mendapat idea untuk membuka butik pakaian dan mengajak Nona (Ziana Zain) yang baru dikenalinya untuk menjadi rakan kongsi. Mak Cun turut ingin menaik taraf butiknya lalu meminta Normah (Fazlina Ahmad Daud) untuk mencari kedai kosong di bandar. 

Berebutlah Manisah dan Normah untuk mendapatkan satu kedai yang kebetulan kosong di bandar berdekatan dengan Mart Mak Cun. Pelbagai lagi percubaan Manisah untuk terus bersaing dengan Mak Cun yang menimbulkan kekecohan.



Mak Cun 
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: 6.58 petang
Saluran: TV3 
Terbitan: Rumah Karya Citra
Arahan: Erma Fatima
Pelakon: Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida, Balkisyh Samundur Khan, Erra Fazira, Awie, Aiman Tino, Syamel, Dottie, Azizah Mahzan dan Fazlina Ahmad Daud.


[KREDIT INFO & FOTO: TV3]

Post a Comment

0 Comments