Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kurang manis dengan Coca Cola Stevia


COCA COLA kini melancarkan Coca-Cola Stevia dengan kemanisan ekstrak semula jadi daripada pokok stevia. Pelancaran produk terbaru ini sekali gus mempelbagaikan segmen minuman Coca-Cola sedia ada termasuk Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla. 

Produk terbaru ini tetap mengekalkan rasa Coca-Cola klasik, cuma ia kini 35 peratus kurang gula. Selain itu Coca-Cola Stevia turut diiktiraf sebagai minuman pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di seluruh negara mulai bulan Mac.



Apa itu Stevia?

Stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu.Stevia digunakan sebagai pengganti gula kerana ia tanpa kalori dan mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal pengambilan gula. 

Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat. Ia pastinya menjadi pilihan terutama bagi yang mengamalkan diet dan gaya pemakanan sihat. - 7KLIK





Bagi anda yang ingin mengetahui dan merasainya boleh datang ke ‘road show’ mereka seperti jadual di bawah.

Center Court, Ground Floor Mid Valley Megamall 
29 Mac hingga 1 April 2018

Old Wing Concourse Area, One Center Shopping Utama 
18 April hingga 22 April 2018


Post a Comment

0 Comments