APABILA kita melalui kesusahan, pelbagai jalan diambil untuk mencari penyelesaian. Bercuti mungkin adalah salah satu jalan terbaik bagi mendapatkan inspirasi dan mencari idea baru bagi sesuatu permasalahan.
Drama baharu, Kenyalang I’m In Love akan disiarkan secara eksklusif di tonton mulai 20 April ini dalam format definisi tinggi (HD), menampilkan percintaan disulami dengan keindahan budaya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak.
Saksikan debaran drama menerusi tontonan keseluruhan 13 episod drama ini 4 bulan lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.
Memetik kata-kata Robert H Schuller,
“Masalah bukan punca untuk berhenti, tetapi adalah pandu arah kehidupan”
Kenyalang I’m In Love mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.
AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.
Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?
Saksikan keseluruhan 13 episod Kenyalang I’m In Love di tonton ‘First’ secara eksklusif bermula 20 April ini. Drama bersiri yang sarat dengan emosi turut diwarnai dengan keindahan unik etnik Sarawak yang dipaparkan di dalam cerita ini.
Menampilkan barisan bintang yang meningkat naik antaranya Hafeez Mikhail sebagai AJ dan Ain Edruce sebagai Wanda selain dibarisi Intan Najuwa, serta Anding Indrawani. Drama ini mampu membuatkan anda terpesona dengan keunikan kaum di Sarawak menerusi tayangan 4 bulan lebih awal dari TV.
Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,
"Selain dari kandungan urban, tonton menyambut baik diversiti etnik kaum yang unik dan pelbagai di Malaysia. Drama Kenyalang I’m In Love adalah salah satu contoh terbaik bagi kami untuk menonjolkan sokongan bersama dengan 7.8 juta pelanggan keseluruhannya.
"Dengan teknologi yang efektif pada abad ini, pengguna boleh menonton kesemua 13 episod Kenyalang, I’m In Love 4 bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif hanya di tonton,"
Kenyalang I’m In Love
Episod: 13
Hari: Jumaat (Bermula 20 April 2018)
Masa: 12.00
Saluran: Tonton Online
Terbitan: Frontrow Pictures
Arahan: Feroz Kader
Pelakon: Hafeez Mikail, Ain Edruce, Intan Najuwa, Anding Indrawani
0 Comments