Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JBL RISING STAR SINGING COMPETITION 2018


JBL Rising Star Singing Competition 2018, sebuah pertandingan nyanyian dalam talian yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 100,000, kini dibuka untuk penyertaan. 

Pertandingan tersebut dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 hingga 30 tahun yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan persembahan. 

Untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan nyanyian dalam talian tersebut, peserta perlu menyediakan video rakaman berdurasi satu minit yang memaparkan mereka menyanyikan lagu pilihan sendiri. 




Kemudian mereka perlu memuat naik rakaman tersebut di Instagram mereka dan menanda rakaman tersebut dengan hashtag berikut; #JBLMY dan #JBLRISINGSTAR. 18 peserta akan dipilih ke pusingan separuh akhir di mana 15 peserta akan dipilih oleh tiga juri profesional dan tiga peserta dengan jumlah like tertinggi di Instagram akan mara secara automatik ke pusingan separuh akhir pada hari Sabtu, 19 Mei 2018. 

JBL Rising Star Singing Competition 2018 dianjurkan oleh Hot Gadgets, pengedar tunggal JBL di Malaysia. Para peserta akan diadili oleh tiga penyanyi tempatan profesional; Hanz Guo Wen Han, Jenn Chia dan Hael Husaini. 




anz Guo Wen Han adalah seorang penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik. Manakala, So, I’m Jenn Jenn Chia adalah seorang YouTuber, penyanyi dan penulis lagu. Hael Husaini, yang dikenali menerusi lagu beliau ‘Jampi’, adalah salah seorang penyanyi yang terkenal di dalam industri muzik Melayu. 

Tiga individu berbakat ini ditugaskan untuk memilih 10 penyanyi paling berbakat semasa berlangsungnya JBL Rising Star Singing Competition 2018. 10 peserta akhir yang dipilih pada pusingan separuh akhir tersebut akan bertanding pada hari Sabtu, 23 Jun 2018 di Sunway Velocity Mall untuk menentukan tiga tempat teratas. 




Selain tiga pemenang utama, peserta juga berpeluang membawa pulang gelaran; ‘Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular’ dan ‘Anugerah Persembahan Terbaik’. Juara akan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 50,000 yang mengandungi hadiah wang tunai RM 8,000 dan beberapa produk keluaran JBL. 

Selain itu, juara juga akan dipilih sebagai duta ‘JBL Rising Star’ di mana beliau akan membuat penampilan di semua kempen atau aktiviti JBL selama setahun. 

Semua peserta dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat sebelum mengambil bahagian. Pihak penganjur hanya menerima penyertaan individu dan penyertaan berkumpulan akan ditolak. Pusingan separuh akhir dan akhir akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook JBL Malaysia. 




Untuk mengambil bahagian di dalam JBL Rising Star Singing Competition 2018, semua peserta perlu mendaftar sebelum 24 April 2018. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman rasmi JBL Malaysia @ www.facebook.com/JBLMalaysia.

Hot Gadgets, JBL Malaysia adalah wakil kepada Harman International Industries, sebuah anak syarikat yang mereka bentuk dan menghasilkan peralatan audio untuk industri pengguna, hiburan dan automotif.



[KREDIT INFO & FOTO: JBL]

Post a Comment

0 Comments