Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pandelela, Jun Hoong, Mun Yee, Dhabitah sumbang emas, gangsa buat negara


TIADA apa yang lebih menggembirakan selain menyaksikan persembahan cemerlang atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan  Cheong Jun Hoong sehingga melayakkan mereka untuk meraih pingat emas dalam acara 10m Platform Seirama di Sukan Komanwel 2018 yang kini sedang berlangsung di Gold Coast, Australia.

Gandingan Pandelela-Jun Hoong berjaya mengumpul 328.08, meninggalkan pasangan dari Kanada,  Meaghan Benfeito-Caeli McKay dengan pungutan mata sebanyak 312.12.




Turut membanggakan negara, semestinya pasangan Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri yang berada di tempat ketiga sekaligus melayakkan mereka untuk meraih pingat gangsa dengan kutipan mata 308.16.

Terdahulu sebelum itu, pada acara sebelah pagi, Mun Yee dan Dhabitah juga memenangi pingat gangsa menerusi acara 3m Papan Anjal Seirama dengan pungutan mata keseluruhan 264.90.




Tahniah dari kami dan terima kasih kerana sentiasa membanggakan Malaysia. We Love you..

Post a Comment

0 Comments