ANDA ingin bercuti ke Thailand? Jom kita lihat antara manisan atau pencuci mulut yang wajib anda rasai ketika di sana. Semua sedap-sedap tau.
1. Khao Neeo Mamuang
Pencuci mulut tradisional Thailand yang diperbuat dengan beras pulut, segar mangga dan santan. Seakan akan pulut manga di Perlis.
2. Luk Chup
Berbentuk seperti pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran, seperti cili, ceri, manggis, oren, mangga, dan tembikai, tetapi saiznya kecil. Rasanya manis, berbau harum, dan berwarna-warni. Makna Luk Chup adalah 'indah', biasanya digunakan apabila orang dewasa memberikan gula-gula kepada anak-anak kecil.
Luk Chup diperbuat oleh rebusan kacang hijau, gula dan santan menjadi satu adunan, yang kemudiannya dibentuk menjadi bentuk buah-buahan. Bahan akhir, jeli digunakan untuk melapisi adunan dengan pelbagai warna.
3. Khanom Krok
Disediakan dengan mencampurkan tepung beras, gula, dan santan untuk membentuk adunan. Terdiri daripada dua bahagian, satu masin dan satu manis, kedua-duanya dimasak dalam kuali panggang yang panas seperti kuih bahulu sehingga masak.
4. Khao Neow Nah Sang Kaya
Selalu di sediakan sebagai menu sarapan pagi. Bahan utamanya adalah pulut hitam. Di atas pulut hitam disiramkan santan kelapa yang kental. Lalu ditambah dengan puding manis yang dibuat dari telur, gula dan susu.Makanan ini diletakkan di atas selembar daun pisang yang dilipat sedemikian rupa.
5. Khanom Pang Wan
Untuk kamu penggemar roti, di Thailand juga menawarkan roti manis dengan topping yang menarik. Roti manis ini sangat popular di Thailand. Berbentuk seperti hotdog atau roti potong. Toppingnya pula boleh di pilih perasa seperti kaya, green tea, coklat, blueberry dan lainnya.
6. Khanom Buang
Juga disebut sebagai crepes Thailand. Ia dibuat daripada tepung beras, tepung kacang hijau, gula dan telur. Semua bahan tersebut dicampur dengan air secukupnya. Adunan ini kemudian di masak di atas pan sehingga masak sehingga kekuningan setelah itu ditambah krim diatasnya. Krim ini dibuat daripada putih telur dan gula halus. Di atas krim ditambah kelapa parut.
7. Itim Kati
Dessert ini cukup popular di Thailand. Ia adalah aiskrim kelapa dengan pelbagai topping di atasnya yang boleh di pilih seperti jagung manis, mangga, kacang panggang, jelly dan kemudian disiram dengan sirup.
0 Comments