Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ini 15 fakta filem Dukun yang perlu diketahui


DUKUN 2018 hadir dengan pakej yang luar biasa. Tidak sekadar bersandar semata-mata kepada kisah inspirasi dari kisah pembunuhan berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun dulu, tetapi tampil dengan cukup stail dari setiap seginya.

Filem pertama arahan Dain Said ini cantik dari segi pembinaan jalan ceritanya, memikat pada persembahan sinematografinya, hebat pada permainan setiap pelakonnya, malah kreatif untuk setiap visualnya.

Tidak hairanlah pada hari pertama tayangannya kepada umum, Dukun berjaya meraih RM1.5 juta. Suatu kejayaan yang di luar jangkaan untuk sebuah filem yang telah diperam lebih 12 tahun. 

Paling membanggakan, Dukun mencatat sejarah yang tersendiri dalam industri filem Malaysia apabila menjadi satu-satunya filem tempatan yang mendapat 34 slot tayangan dalam satu hari pada hari pertama tayangannya. Tahniah untuk segala satu itu. 


20 Fakta penting yang perlu diketahui tentang Dukun

1. Dukun bukan filem seram, tetapi sebuah genre thriller.

2. Lakonan Datin Seri Umie Aida sebagai Diana Dahlan sangat superb sehinggakan ramai yang menamakannya sebagai calon yang bakal mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia untuk tahun ini. Diana Dahlan yang sangat sensual dan misteri.. Ahh!

3. Dukun menjadi filem pertama yang menyaksikan pelakon hebat, Faizal Hussien perlu menghadiri sesi uji bakat sebelum diterima berlakon.

4. Ketika menjalani penggambaran filem ini, Elyana baru berumur 18 tahun.

5. Merupakan filem pertama arahan Dain Said, sebelum Bunohan dan Interchange.

6. Antara lokasi penggambaran paling ikonik dalam filem ini adalah Penjara Pudu.

7. Babak yang menyaksikan watak Diana Dahlan 'menurun' dalam sel seperti pergerakan labah-labah itu dilakukan bersama dengan adiknya sendiri, Betty Rahmat dan ia mengambil masa selama 8 jam untuk menyiapkan babak itu sahaja.

8. Salah seorang pelakonnya, Ramli Hassan yang memegang watak sebagai Tuan Daud, telah pun meninggal dunia.

9. Bront Palarae, Soffi Jikan dan Nadiya Nisaa kelihatan cukup fresh dalam filem ini kerana pada ketika itu mereka masih lagi baru dalam industri.

10. Kemunculan Mislina Mustaffa meskipun hanya untuk satu babak tanpa sebarang dialog sangat memberikan impak.

11. Lagu tema filem Dukun, Merana Jiwa yang dinyanyikan oleh Datin Seri Umie Aida dan Elyana mula menjadi trending sebaik sahaja filem ini ditayangkan kepada umum.

12. Strategi pemasaran yang sangat brilliant, kreatif dan padu meskipun dilakukan dalam masa yang  begitu singkat.

13. Tagline 'Akhirnya Kita Bertemu..' menjadi antara tagline filem Melayu yang sangat memberikan impak.

14. Filem iin sepatutnya ditayangkan pada tahun 2006, tetapi telah diharamkan atas sebab-sebab tertentu dipercayai berkaitan sensitiviti yang melibatkan  keluarga mangsa dan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan berprofil tinggi yang menjadi inspirasi filem ini.

15.  Sebelum ditayangkan kepada umum, filem Dukun dilaporkan telah bocor di internet bulan lalu di mana ia dapat ditonton selama 1 jam 35 minit dan memaparkan hampir keseluruhan jalan cerita filem terbabit. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu, penamat filem yang dimuat naik itu bukan penamat sebenar kerana proses suntingan belum selesai. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments