Hot Posts

6/recent/ticker-posts

100Plus dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat


SEMENJAK dilancarkan pada 1983 sebagai minuman isotonik pertama di Malaysia, 100PLUS sentiasa berada di hadapan untuk menerajui kempen kesukanan dan gaya hidup aktif. 

Menyedari kehendak pengguna yang menginginkan produk lebih sihat sebagai minuman kegemaran, 100PLUS mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan tersebut. Hari ini, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan kesemua produk 100PLUS kini diperakui dengan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). 

Penggunaan formula baharu dalam penghasilan 100PLUS ORIGINAL dan 100PLUS ACTIVE membawa dua produk ini menerima Logo Pilihan Lebih Sihat pada tahun lepas bersempena dengan pelancaran logo tersebut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada April 2017. 




100PLUS kemudiannya meneruskan inisiatif tersebut dengan memperbaharui formula kesemua produk 100PLUS termasuk 100PLUS BERI, 100PLUS OREN dan 100PLUS LEMON LIMAU dan memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat bermula Mac 2018.

Graham Lim, Naib Presiden, Pemasaran Jenama F&N berkata, 

“Bermula dari saat ini, setiap minuman dalam portfolio kami akan membawa yang terbaik untuk para pengguna. 100PLUS akan terus menjadi pelopor dalam menyediakan minuman yang lebih sihat kepada pengguna bukan sahaja kepada golongan atlet tetapi juga kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Kini, semua orang boleh menikmati 100PLUS sebagai minuman pilihan yang lebih sihat dengan kandungan gula yang lebih rendah. 
“Penggubahan formula adalah satu proses yang kompleks dan kami ingin memastikan kami berjaya mendapatkan keseimbangan dari segi rasa yang digemari oleh pengguna serta memberikan kebaikan penghidratan optimum tanpa berkompromi terhadap kualitinya.  
Kami berjaya menghasilkan formula baharu untuk kesemua varian 100PLUS dimana bermula sekarang mempunyai kandungan gula sebanyak 6-gram atau kurang daripada itu untuk setiap 100ml dan semestinya memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat. Tambahan lagi, kami ingin menggalakkan setiap individu untuk aktifkan potensi mereka dan amalkan gaya hidup yang aktif,” tambah Graham Lim.



Logo Pilihan Lebih Sihat merupakan inisiatif dalam memberikan maklumat jualan kepada pengguna bagi membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Objektifnya adalah untuk menyediakan persekitaran yang menyokong pemakanan sihat dan membantu mempromosikan gaya hidup aktif kepada semua lapisan masyarakat.

Leong Wai Yin, Pengurus Kanan Pemasaran 100PLUS menambah, 

“Bersempena dengan inisiatif yang menyihatkan ini, kami juga rasa teruja untuk mengumumkan perisa baharu kegemaran rakyat Malaysia iaitu 100PLUS Anggur Hitam (Blackcurrant) – minuman ungu gelap berkarbonat yang menyegarkan serta memberikan penghidratan optimum dan semestinya sedap diminum.”



Duta 100PLUS, Mira Filzah yang hadir dalam majlis pelancaran berkata, 

“Berada dalam industri hiburan, saya berdepan dengan jadual yang begitu padat dan memenatkan. Oleh itu, saya pilih 100PLUS sebagai minuman kegemaran saya yang boleh menghidratkan tubuh badan saya sepanjang hari. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah berfungsi menggantikan bendalir yang hilang dalam badan.”

Turut bersama Mira untuk meraikan pelancaran ini adalah hos selebriti, CK Faizal. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Lai Ming Kong, Naib Presiden Kanan, Bahagian Operasi Komersial Domestik F&N serta Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Kekal hidrat bersama minuman isotonik nombor 1 di Malaysia dan semestinya pilihan bijak untuk gaya hidup aktif anda!




MENGENAI LOGO PILIHAN LEBIH SIHAT (Healthier Choice Logo)

Pengenalan Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choices Logo) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia dimana ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya pada 20 April tahun lalu. 

Inisiatif ini bertepatan dengan stategi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III (2016-2025) iaitu mempromosikan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif kepada semua lapisan masyarakat. 

Pada Kongres World Health Assembly (WHA) ke-65 yang diadakan pada 2012, satu resolusi telah dikeluarkan bagi memberi penekanan terhadap kepentingan label makanan sebagai strategi mendidik pengguna terhadap pilihan makanan yang sihat. 

Selain itu, Persidangan AEAN ke-23 pada 2013 turut menekankan tanggungjawab pemain industri pemprosesan makanan untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat di pasaran.

Setiap produk yang mempunyai logo Pilihan Lebih Sihat adalah produk yang telah menepati kriteria nutrien yang dikeluarkan secara spesifik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengenalan Logo Pilihan Lebih Sihat adalah pilihan secara sukarela oleh pihak industri. 

Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Nutrisi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil pengiktirafan akan diberikan selepas diluluskan. Garis panduan ini boleh diaplikasi oleh setiap syarikat ataupun agensi pengiklanan serta agensi berkaitan. 

Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama untuk menguatkuasakan dan mematuhi piawaian ini terletak pada syarikat individu. Dalam garis panduan ini, makanan merujuk kepada makanan dan minuman. - 7KLIK



MENGENAI 100PLUS

100PLUS merupakan minuman isotonik pertama di Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1983. Ianya bebas kafein dan bertujuan untuk menghilangkan dahaga serta dirumus khas untuk membantu memulihkan apa yang telah hilang dalam tubuh ketika melakukan senaman fizikal dan menyegarkan tubuh badan menerusi keseimbangan penghidratan secara optimum. 

Rumusan uniknya menggabungkan cecair, karbohidrat dan elektrolit untuk penyerapan cecair dengan lebih cepat dan cekap ke dalam badan.




Hari ni, 100PLUS merupakan jenama utama dibawah pengurusan F&N di Malaysia. Ia dikeluarkan dan dipasarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar minuman ringan terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai 100PLUS, layari laman rasmi di https://100plus.com.my/ atau saluran sosial media @my100plus di Facebook, Instagram & Twitter.

Post a Comment

0 Comments