Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SITI AAFIYAH, NAMA PUTERI SULUNG DATUK SITI NURHALIZA


SELEPAS genap tujuh hari dilahirkan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa sepakat mengumumkan nama cahaya mata sulung mereka sebagai Siti Aafiyah Khalid.

Menurut Siti, 39, dia dan suami mendapat ilham untuk memberi nama tersebut ketika menunaikan ibadah Umrah tahun lalu. Nama tersebut etrkandung dalam doa yang dijarkan Nabi Muhamad S.A.W kepada bapa saudara baginda iaitu AlAbbas.

“Nama anak ini saya dapat ketika menunaikan umrah tahun lalu. Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.

"Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini," katanya seperti yang dipetik dari akhbar Harian Metro.




Nama puteri sulung Siti diumumkan pada Majlis Maulid Nabi, Aqiqah dan Tahniq bersempena hari ketujuh kelahiran Suiti Aafiyah di kediamannya sebentar tadi.

Majlis yang cukup bermakna ini disempurkankan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri.

Siti selamat melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55kg menerusi kaedah pembedahan pada 19 Mac lalu dan menggunakan nama sementara  Fatimah Az-Zahra.

Tahniah dari kami di 7KlikDotCom.


[CREDIT PHOTO: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza]

Post a Comment

0 Comments