Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NURSAJAT, RATED XTRA!


NUR SAJAT?  Siapa yang tidak kenal dengan selebriti media sosial Sajat? Sebuah nama yang tidak asing dalam dunia perniagaan tanah air. 

Dengan pengikut lebih 1 juta di laman Instagram beliau sahaja, penampilan gadis ayu yang sering mencuri tumpuan netizen ini berjaya mencipta fenomena viral baharu; sehingga mencetuskan pelbagai konflik kontroversi. 


Menjadi popular dikalangan netizen dalam sekelip mata namun semua itu tidak menghalang beliau untuk berjaya dalam hidup.  Berbekalkan semangat dan kecekalan, Sajat berjaya sebagai usahawan dalam bidang kecantikkan disusuli dengan pembukaan kedai emas dan mempunyai bangunan perniagaan sendiri.  

Bagaimanakah beliau menempuh cabaran onak-duri dunia viral dan perniagaan sebelum menjadi jutawan? Pernahkah anda terfikir apa yang mereka lalui sebelum berjaya?

Kini, Sajat mengorak langkah lebih jauh dan berani dengan memeterai program sendiri dibawah platform online video penstriman terbesar dan pertama di Malaysia – tonton.

tonton merungkai di sebalik tabir kehidupan sebenar gadis usahawan berusia 28 tahun ini menerusi siaran sebuah program v-log tonton original series berjudul ‘Nur Sajat Rated Xtra’, tayangan eksklusif hanya di www.tonton.com.my.

Nur Sajat Rated Xtra mendalami kehidupan peribadi Nur Sajat dalam menangani liku cabaran perniagaan serta berkongsi tip-tip kejayaan yang boleh diambil iktibar buat para penonton. 

Saksikan rakaman langsung tanpa tapisan dan pengambarannya dibuat tanpa sebaris skrip, perjalanan harian di sebalik sosok popular seorang gadis ayu dalam menangani liku cabaran serta tips kejayaan. 

Semua butiran yang dipaparkan 100% atas kerelaan Sajat. 

Memetik kata-kata dari Blake Lively;
‘’Saya tidak membiarkan orang menilai saya, saya tunjukkan siapa diri saya yang sebenar’’ 

Siri yang berkonsepkan Vlog ini juga akan menyaksikan persiapan serta sambutan hari lahir Nur Sajat pada 23 Februari lalu, selain gaya hidup aktif harian dalam menguruskan empayar beliau bersama rakan kepercayaan. Selami keterujaan termasuk saat sedih momen kehidupan yang terpaksa dikongsi bersama masyarakat atas status yang dimilikinya hanya untuk penonton VIP tonton.

Antara paparan menarik lain, Nur Sajat turut berkongsi tips kecantikan serta fesyen menerusi penulisan blog secara mingguan di laman www.xtra.com.my sepanjang siaran ‘Nur Sajat Rated Xtra’ di tonton. 

Ikuti 2 episod penuh pertama secara PERCUMA bermula 28 Februari, serta rantaian klip singkat 30 saat secara mingguan di xtra sehingga Mei 2018!

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

‘’Kami di tonton ingin mendekatkan peminat setia Nur Sajat menerusi tontonan istimewa ini, serta menawarkan hiburan alternatif berkualiti yang berbeza daripada siaran TV konvensional. Nur Sajat Rated Xtra adalah sebuah idea kreatif yang dilihat menepati citarasa semasa buat 7.8 juta pengguna tonton.’’

Tambahnya lagi,

‘’Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan usahawan ternama ini, jangan lepaskan peluang menyaksikan kehidupan beliau dengan lebih dekat di tonton dalam format definisi tinggi (HD). Untuk yang baru mengenali beliau, inilah masanya untuk mempelajari pelbagai tips berguna dari usahawan Nur Sajat. ’’

Post a Comment

0 Comments