Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GELAK KETAWA SHERRY ALHADAD


BERITA baik buat semua peminat Sherry Al-Hadad, program bual bicara pengacara dan pelakon 'happy go lucky' ini kembali buat musim kedua! Menariknya kali ini, Sherry akan mengendalikan program The Sherry Show & Friends bersama rakan-rakan selebritinya pada setiap minggu.

Mempunyai 12 episod, The Sherry Show & Friends bersiaran selama satu jam pada setiap hari Ahad, pukul 11.00 malam di TV3 bermula 18 Mac 2018 (Ahad). Program bual bicara yang padat dengan pelbagai segmen dan topik ini turut menampilkan pengacara bersama yang berbeza setiap minggu seperti Nabila Huda, Awal Ashaari, Sharifah Amani, Anzalna, Izzue Islam dan ramai lagi. 

Sherry dan pengacara jemputannya akan bincang tentang topik-topik menarik yang relevan dengan masyarakat kini. Selain itu, The Sherry Show & Friends juga diriuhkan lagi oleh barisan selebriti jemputan antaranya Bront Paralae, Mamat Khalid, Ebby Yus, Rozita Che Wan, Nadiya Nisa, Michael Ang, Aziz M.Osman, Nabila Razali, dan Datuk Rosyam Nor

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama, Integrasi Digital Dan Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman,



“Atas kejayaan The Sherry Show musim pertama, kami kembalikan program ini dengan musim kedua sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang tidak putus memberi sokongan.  
Bezanya kali ini, para penonton akan dihiburkan oleh Sherry dan pengacara jemputannya pada setiap minggu. Dengan itu, kami berharap orang ramai akan terus setia bersama The Sherry Show & Friends dari awal hingga akhir,”

Program bual bicara yang sudah pasti akan menghiburkan hati para penonton ini berkonsepkan santai, penuh gelak ketawa dan akan membincangkan tentang isu-isu semasa yang tular serta sedang hangat dibicarakan orang ramai. Lebih menarik lagi, Sherry Al-Hadad akan berinteraksi secara lebih eksklusif bersama para penonton menerusi beberapa segmen menarik seperti 11 Soalan, Sidekick dan Kerusi Panas. 

Antara topik-topik yang akan dibincangkan ialah Datuks, Oversized Artist, perbezaan Berlakon Drama dan Filem, Rupa Ker Bakat?, Pengarah, Artis Muda Popular, Artis Komedi, Aksi Lasak, Antagonis.

The Sherry Show & Friends merupakan terbitan Primeworks Studios yang diterajui oleh M. Samsairol Che Aman sebagai Penerbit Eksekutif dan Haizren Mohd Esa sebagai Penerbit. 



The Sherry Show
Episod: 12 
Hari: Ahad
Masa: 10.00
Saluran: TV3 


Post a Comment

0 Comments