Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ATIKAH SUHAIME, AWI RAFAEL SELAMAT BERTUNANG


LANGSUNG tidak kedengaran tentang gosip atau keakraban mereka berdua, namun dalam diam pelakon Atikah Suhaime dan penyanyi serta komposer Awi Rafael Rafael dalam diam menjalinkan hubungan cinta.

Hari ini, Atikah dan Awi telah selamat mengikat tali pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura. Pasangan ini dijangka melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac depan bersempena hari jadi Atikah.

Menurut Atikah, biarpun dia dan Awi baru mengenali hati budi masing-masing semenjak lebih lima bulan lalu, namun keserasian jelas wujud antara mereka berdua.



"Awi tidak mngambil masa yang lama untuk menemui ibu bapa saya, merisik dan seterusnya melangsungkan pertunangan. 
"Insya-ALLAH, majlis nikah bakal berlangsung pada 15 Mac tahun depan sempena hari jadi saya. Kedua belah keluarga juga telah bersetuju untuk pertunangan ini berlangsung selama setahun," katanya.



Pasangan ini merupakan  selebriti asal Singapura dan masing-masing berjaya mencipta nama di Malaysia dalam dua bidang bereza di mana Atikah dikenali sebagai seorang pelakon, manakala Awi pula aktif sebagai penyanyi dan komposer.

Berita pertunangan ini mula menjadi bualan apabila Atikah memuat naik gambar-gambar pertunangan mereka di laman Instagram peribadinya.



"Yes Auntie, I said yes to the proposal. ♥️🌹💍 Officially engaged to @awirafael . Warm thank you to all who made the event smooth," #tunangankuRocknRoll #gohalal

Tahniah dari kami di 7KlikDotCom, semoga urusan ijabkabul dipermudahkan. Amin.


[KREDIT PHOTO: Instagram Atikah Suhaime]

Post a Comment

0 Comments