ANUGERAH MeleTOP Era (AME2018) akan langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
TRIVIA PENCALONAN AKHIR ‘AME 2018’
1. Selebriti popular, Zizan Razak mendominasi senarai akhir ‘Top 5’ dalam empat kategori iaitu ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ serta pencalonan bersama dengan penyanyi hip hop, SonaOne menerusi kategori ‘Grup/Duo MeleTop’. Filem lakonan Zizan Razak, ‘Abang Long Fadil 2’ turut tercalon dalam kategori ‘Filem MeleTop’.
2. Manakala Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu turut menyerlah dengan pencalonan kedua terbanyak, masing-masing dalam tiga kategori.
3. Pelakon Zul Ariffin tersenarai dalam kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’ untuk dua buah filem lakonan beliau iaitu ‘J Revolusi’ dan ‘Tombiruo; Penunggu Rimba’. Selain itu, Zul Ariffin juga merupakan calon akhir untuk kategori ‘Pelakon TV MeleTOP’. Filem lakonan Zul Ariffin, ‘J Revolusi’ dan ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ juga dicalonkan untuk kategori ‘Filem MeleTOP’. Manakala drama lakonan beliau, ‘Titian Cinta’ juga turut tercalon untuk kategori ‘Drama MeleTOP’.
4. Selebriti terkenal, Siti Nordiana turut cemerlang menerusi kategori individu ‘Hos MeleTOP’, ‘Penyanyi MeleTOP’, dan ‘Pelakon TV MeleTOP’. Drama lakonan Siti Nordiana, ‘Cekelat Semanis Honey’ serta program yang beliau kendalikan selaku hos, ‘Gema Gegar Vaganza’ turut dicalonkan menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.
5. Pelawak terkenal, Jep Sepahtu menerima pencalonan akhir untuk kategori ‘Artis Lawak MeleTOP’, ‘Penyampai Radio MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan isteri beliau yang juga merupakan pelakon Sari Yanti menerusi kategori ‘Couple MeleTOP’. Dalam masa yang sama, program yang menampilkan Jep Sepahtu sebagai tonggak utama, ‘Sepahtu Reunion Live 2017’ juga turut tercalon menerusi kategori ‘Program MeleTOP’.
6. Kolaborasi mantap penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan bintang versatil, Faizal Tahir turut diangkat menerusi dua kategori iaitu ‘Grup/Duo MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu popular ‘Dirgahayu’.
7. Komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini serta bintang sensasi, Ayda Jebat tidak kurang hebatnya apabila turut tersenarai dalam kategori ‘Lagu MeleTOP’ dan ‘Penyanyi MeleTOP’ menerusi lagu ‘Jampi’ dan ‘Nakal Nakal Nakal’.
8. Seiring dengan populariti yang diraih, senarai akhir ‘AME 2018’ juga menyaksikan kebangkitan penyanyi dan komposer muda atau istilah lebih tepat, ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang turut bergelar calon akhir dalam beberapa buah kategori yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah Khai Bahar dan Haqiem Rusly menerusi kategori ‘Penyanyi MeleTOP’ dan ‘Lagu MeleTOP’ untuk lagu hits mereka, ‘Bayang’ dan ‘Tergantung Sepi’.
9. Wany Hasrita juga turut bersaing sebagai calon akhir untuk kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dan pencalonan bersama dengan rakan seperjuangannya, Tajul menerusi kategori ‘Grup/Duo MeleTOP’.
10. Anak-anak selebriti popular yang menjadi tumpuan ‘netizen’ seperti Syeriv Samheizy dan Arif Jiwa Asyraf turut tercalon buat kali pertama menerusi kategori ‘Si Cilik MeleTOP’. Manakala pemenang tahun lalu, Yusuf Iskandar serta calon ‘favourite’ Aaisyah Dhia Rana dan Lara Alana turut tercalon pada penganjuran kali ini untuk dua tahun berturut-turut.
11. Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura tidak kecewa, masing-masing dengan dua pencalonan. Malah, pasangan ini turut bersaing menerusi kategori individu ‘Fesyen MeleTOP’. Fattah Amin juga merupakan calon akhir untuk kategori 'Pelakon TV MeleTOP’. Manakala Fazura pula menerusi kategori ‘Bintang Filem MeleTOP’. Dalam masa yang sama, drama lakonan pasangan ini, ‘Hero Seorang Cinderella’ juga tercalon menerusi kategori ‘Drama MeleTOP’. Selain itu, filem lakonan Fazura, ‘J Revolusi’ juga turut dicalonkan menerusi kategori ‘Filem MeleTOP’.
[KREDIT FOTO: ASTRO]
0 Comments