RATU Soprano, itulah gelaran yang sering dikaitkan dengan Datuk Syafinaz Selamat yang sememangnya mempunyai vokal yang cukup unik dan hebat.
- Syafinaz Selamat lahir pada 11 Januari, dan berasal dari Batu Pahat, Johor.
- Tidak pernah mempunyai sebarang akaun media sosial baik di Instagram, Facebook, mahupun Twitter dari dulu sehinggalah sekarang.
- Pernah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dengan mengacarakan beberapa program seperti Anugerah Planet Muzik (APM), Prelude Kemuncak AIM 14 (2007), program bual bicara Irama dan Lagu dan lain-lain.
- Syafinaz sebelum ini pernah tampil dengan tiga buah album iaitu Syafinaz (1989), Syafinaz... Ingin Bersamamu (1999) dan Syhh... Syafinaz (2001).
- Ketika perasmian dan penutupan Sukan SEA 2001, Syafinaz diundang membuat persembahan solo diiringi gabungan ahli koir dari seluruh negara seramai 2,000 peserta.
- Selain bergelar penyanyi profesional, Syafinaz juga merupakan seorang pensyarah vokal dan pensyarah muzik sambilan di UiTM serta ASWARA selama lebih 12 tahun.
- Seringkali dipilih untuk menjadi juri profesional bagi pelbagai program realiti TV pencarian bakat dalam bidang nyanyian seperti One In A Million, Mentor, Akademi Fantasia, The Band, AF Megastar dan yang terbaru, Bintang RTM 2018.
- Mencipta kejayaan manis apabila meraih Pingat Emas dalam kategori R&B, Pop, Rock Kontemporari di World Championships of Performing Arts, di Los Angeles (1999).
- Merupakan orang kuat dan tulang belakang Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia dan Koir Permata Seni Malaysia di mana Syafinaz turut bertindak sebagai Pengarah Vokal dan Persembahan.
- Pernah terlibat dalam dunia lakonan pentas menerusi teater Muzikal Rubiah yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.
- Pernah dipilih untuk menyanyikan peranan solo soprano dalam Carl Orff's ‘Carmina Burana’ bersama 100 ahli koir dengan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Roland Peelman.
- Menerima penganugerahan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) daripada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung, sempena sambutan Hari Wilayah, 1 Februari lalu.
0 Comments