Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Datuk Syafinaz Selamat memang layak!


TAHNIAH buat penyanyi dan vokal master terkenal, Syafinaz Selamat yang kini bergelar Datuk setelah menerima penganugerahan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) daripada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung, sempena sambutan Hari Wilayah pagi tadi.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ia bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Syafinaz telah menyumbang kepada industri seni Malaysia selama hampir 30 tahun degan pelbagai pencapaian membanggakan baik dalam dan luar negara.

Selain bergelar pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Syafinaz juga merupakan konduktor dan vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan Permata Seni.

Syafinaz juga berpengalaman luas dalam bidang penjurian, dan pernah menjadi juri untuk pelbagai program pencarian bakat seperti One In A Million, Akademi Fantasia, Bintang RTM dan lain-lain.

Berbanding beberapa orang artis lain yang dipertikai kelayakan penganugerahan yang diberikan kepada mereka, Syafinaz pula mendapat reaksi yang berbeza.

Rata-rata peminat mahupun netizen bersetuju dengan penganugerahan ini yang disifatkans ebagai bertepatan dengan pencapaian dan kelayakan yang ada pada Syafinaz.

Sekali lagi, tahniah dari kami. Semoga Datuk Syafinaz terus menyumbang sesuatu kepada industri.

Post a Comment

0 Comments