Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Betty Rahmad selamat bergelar isteri


TAHNIAH dan selamat pengantin baru buat pelakon Betty Rahmad, 35, yang telah selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Ardy Damis, 31.

Majlis ijabkabul adik bongsu kepada Erma Fatima dan Umie Aida ini telah berlangsung dalam suasan yang cukup meriah di Glamhall, Damansara Perdana, kira-kira 8.40 malam, 4 February.

Betty menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran sebagai hantaran. Pasangan ini telah berkenalan lebih empat tahun lalu dan mengikat tali pertunangan sekitar Oktober lalu.



Menurut Betty, buat ketika ini dia dan suami masih belum merancang tentang destinasi percutian bulan madu kerana mahu memberikan perhatian kepada majlis resepsi pihak lelaki yang akan berlangsung di Kedah pada 10 February depan.

Menariknya, majlis bersejarah Betty itu turut dihadiri ramai artis dan selebriti popular tanah air yang hadir memeriahkan majlis. Kemeriahannya tak ubah seperti majlis anugerah pula di mana artis baru dan lama dilihat saling berkumpul meraikan pengatin.




Malah kebanyakan daripada mereka hadir mengenakan persalinan berwarna putih atau off white (mungkin warna tema majlis) menjadikan ia kelihatan sangat cantik dan harmoni. Masing-masing-masing juga tidak ketinggalan berkongsi momen  menarik di majlis ini di laman Instagram dengan #BettyAndDamis.




Antara artis yang ahdir ialah, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Erra Fazira, Tiz Zaqyah, Lisa Surihani & Yusry, Datuk Hans Isaac, Kavita Sidhu, Misha Omar, Nora Danish, Awal Ashari & Scha AlYahya, Vanidah Imran, Zahida Rafik, Betty Banafe, Linda Onn, Fauziah Gous, Datin Alyah, Nazim Othman & Bella Daly, Elyana, Adeline Tsen, Ezlynn dan ramai lagi.

Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru dari kami di Read8SpaceDotCom, dan semoga kekal berbahagia hingga ke jannah. Amin.

[KREDIT FOTO: Instagram Umie Aida]

Post a Comment

0 Comments