GELAK Sampai Kenyang mengajak penonton memasak sambil berhibur bersama Anas Ridzuan, Najwa P. Ramlee dan Bob-T.
Program yang sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari ini mengetengahkan kelazatan menu makanan food truck yang terdapat di sekitar Lembah Klang.
Sepanjang 13 episod program masakan ini disiarkan, hos rancangan akan membawa penonton meninjau menu-menu menarik yang pasti membuatkan penonton terliur. Hos rancangan akan berguru dengan chef setiap food truck untuk memasak menu terbaik atau pun signature dish yang menjadi keistimewaan mereka.
Menariknya penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan sketsa komedi oleh Anas, Najwa dan Bob-T sebagai tanda terima kasih.
Dalam episod pengenalannya, Anas dan Najwa menjejaki menu Itali bersama Island Cruiser Food Truck. Masakan yang mereka pelajari adalah Seafood Aglio Olio dan Soft Shell Crab Burger. Seterusnya, mereka bersama dengan MS Food Truck meninjau masakan selatan tanah air iaitu Laksa Johor dan Kacang Pool.
Episod berikutnya Anas dan Najwa membawa penonton mencuba menu Western bersama Borak Time Rumble Food Truck. Kali ini mereka belajar memasak menu yang berasaskan ayam iaitu Granny’s Roasted Chicken dan Grilled Chicken Mango. Dari Western beralih ke selera kaum Cina. Station Food Truck menyediakan menu Yong Tau Fu yang juga menjadi kegemaran kaum lain di Malaysia. Kali ini Anas dan Najwa berpeluang memasak Fried Tofu Sea Platter dan Tofu Sea Soup.
Anas dan Najwa turut berpeluang merasai kelazatan menu minuman Asia bersama Drinka Food Truck yang pakar dalam menyediakan minuman-minuman yang pasti menyamankan tekak pelangggannya. Snow Troopa dan Matcha Latte Salted Cheese Topping adalah minuman yang mereka sediakan. Kepada peminat filem Cowboy, bolehlah mencuba menu masakan Cowboy bersama R. Mak Rony Food Truck. Signature dish mereka adalah Burger Bakar Mushroom Fricasse dan Lamb Grill Slices.
Bagi penggemar makanan Mexico, Anas dan Najwa bawa anda ke Barbarittos Food Truck dan Macxito KL Food Truck untuk mencuba dan mempelajari cara-cara menyediakan Buritto Beef, Quesedilla Chicken, Enchiladas dan Aperitivo Nachos.
Seterusnya menjejaki menu masakan dari negara matahari terbit bersama Oishi Onigiri Food Truck. Rasai keenakan dan pelajari resipi Katsu Chicken Onigiri dan Ebi Tempura Udon. Menu masakan kambing turut dibawakan bersama DS Mykitchen Food Truck iaitu Kambing Bakar dan Sup Daging.
Gelak Sampai Kenyang
Episod: 13
Hari: Isnin dan Selasa
Masa: 12.30 tengahari
Saluran: TV1
Pengacara: Anas Ridzuan, Najwa P. Ramlee, Bob T
0 Comments