Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Adaptasi karya William Shakespeare, Makyong Titis Sakti penuh elemen kejutan


TAHNIAH untuk seluruh produksi The Actors Studio (TAS) Seni Teater Rakyat yang telah menampilkan sebuah pementasan teater tradisional, Mak Yong Titis Sakti yang sangat hebat dan outstanding.

Norzizi Zulkifly selaku pengarah ternyata tahu apa yang diinginkan dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kreativitinya dalam merealisasikan naskhah yang diadaptasi daripada karya terkenal, A Midsummer Night's Dream, tulisan William Shakespeare.

Hari ini merupakan hari terakhir pementasan Mak Yong Titis Sakti yang berlangsung bermula 27 Januari lalu sehingga hari ini, 4 Februari 2018 di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Kuala Lumpur, jam 8.30.





8 FAKTA MENARIK 

1. Merupakan sebuah pementasan semula, di mana sebelum ini ia pernah dipentaskan di Pentas 2, KLPAC pada tahun 2009 dengan pengarah dan sebahagian pelakon yang sama.

2. Selain penggunaan dialek Kelantan dan bahasa Melayu, naskhah ini turut ditampilkan dalam bahasa Inggeris menerusi watak Putera Raja Iskandar Muda (Safiah Hanifah) dan Putera Raja Indera Putra (Elza Irdalynna) bagi memberi kelainan.

3. Meskipun menyuntik elemen moden dan kontemporari dalam Mak Yong, namun ciri-ciri dan struktur penceritaan Mak Yong tidak diubah.

4. Gandingan pemain-pemain hebat seperti Zamzuriah Zahari, Asrulfaizal Kamaruzaman, Rosdeen Suboh, Safia Hanifah, Elza Irdalynna, Mardiana Alwi, Rosnan Rahman dan lain-lain. 
   
5. Mengisahkan tentang konflik 3 jenis cinta iaitu cinta yang sempurna, cinta terlarang dan cinta yang tidak berbalas.

6. Persembahan hebat daripada Safia Hanifah yang sebelum ini lebih sinonim dengan teater muzikal dan teater moden. Sisi berbeza Safia yang memang ohsem habis!

7.  Diungguli tenaga produksi hebat yang terdiri daripada Zamzuriah Zahari (pereka tari), Kamarul Hussin (pengarah muzik), Bayu Utomo Radjikin (Pereka set) dan Nur Afifi Mohamed Taib (pereka kostum). 

8. Makyong Yong Titis Sakti sangat menghiburkan dengan dendangan muzik asyik, tarian serta elemen komedi di dalamnya ini 


***Berapa bintang? Kami bagi 8.5/10. Mak Yong Titis Sakti memang bertaraf antarabangsa. Cantik, menerik dan dabomb!!! Orang yang tak pernah tengok Mak Yong pun boleh jatuh suka suka bila menonton.


Post a Comment

0 Comments