Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ini 15 fakta menarik mengenai buah oren


SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina ini, 7Klik membawakan info-info menarik berkaitan buah oren yang mungkin ramai tidak tahu. 

Jom kita ikuti fakta-fakta menarik ini.


1. Brazil adalah negara pengeluar oren terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 17.8 juta tan setahun.

2. Buah oren tidak akan rosak sebelum ia dipetik dari pokok.

3. Buah oren yang telah masak di pokok terlalu lama boleh menukar warna dari oren ke hijau. Proses ini dipanggil re-greening (penghijauan semula) dan hanya memberi kesan warna, sementara kualiti atau rasa tetap sama. Jadi warna hijau oren tidak semestinya tidak matang, tetapi lebih matang.

4. Selain vitamin C, buah oren juga mengandungi kalsium, kalium, vitamin A dan B-kompleks dan antioksidan.




5. Jus oren adalah jus yang paling popular di dunia. Oren adalah buah keempat popular di dunia. 

6. Pokok oren boleh tumbuh hingga mencapai 30 kaki dan hidup selama lebih dari seratus tahun.

7. Sepohon pokok oren mempunyai sehingga 60,000 kuntum bunga, tetapi hanya 1% dari bunga-bunga itu akan menjadi buah.

8. Limau Bali adalah yang spesis terbesar dari semua keluarga buah oren.

9. Anda perlu memakan tujuh cawan cornflakes untuk mendapatkan jumlah yang sama dengan serat yang anda dapat dari satu oren sederhana.

10. Selepas coklat dan vanila, oren adalah rasa ketiga kegemaran di dunia.




11. Pokok Oren mula-mula ditanam di negara China.

12. Di Jamaica, orang menggunakan kulit oren untuk menghilangkan bintik-bintik dan pori minyak. Ia boleh digunakan sebagai ubat semulajadi untuk menurunkan tekanan darah, kemurungan, dan kebimbangan.

13. oren boleh membantu dalam mengurangkan berat badan kerana lemak rendah dan kaya nutrien, yang menjadikannya makanan yang ideal untuk mengatasi obesity.

14. Perkataan 'Orange' mula-mula digunakan untuk warna dan bukan untuk buahnya.

15. Adalah dipercayai bahawa Christopher Columbus adalah orang pertama yang membawa benih oren ke Amerika pada tahun 1493. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments