Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TENTANG DIA: DIREKTORI PERJALANAN SENI AISHAH



  • Nama sebenar Aishah ialah Wan Aishah binti Wan Ariffin dan berasal dari Jempol, Negeri Sembilan. 
  • Pada tahun 1983, Aishah pernah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur dan terus ditawarkan menjadi artis rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama penyanyia Malek Ridzuan dalam album Malek, Jilid 5.
  • Pernah menggunakan nama Natasha Aminah ketika mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian kerana takut diketahui bapanya yang lebih mementingkan pendidikan.








  • Ketika menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland, New Zealand, Aishah telah menganggotai kumpulan The Fan Club bersama Paul Moss (juri One In Million) dan nama mereka dikenali menerusi album Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).

  • Bersama The Fan Club, Aishah dikenali di seluruh dunia sebagai penyanyi antarabangsa menerusi lagu Sensation, Call Me, Never Give Up On You, Paradise dan lain-lain yang telah berjaya menduduki banyak carta muzik dunia.

  • Single Dont Let Me Fall Alone pernah menduduki carta Billboard Hot 100 sekaligus menjadikan Aishah satu-satunya artis Malaysia yang berjaya mendaki carta Billboard di Amerika Syarikat.




  • Setelah pulang ke tanah air, Aishah bergerak secara solo dan tampil dengan album Melayu pertama berjudul Aishah (1990) di mana ia turut memuatkan lagu Janji Manismu yang berjaya menaikkan namanya di tanah air.

  • Lagu Janji Manismu hasil ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh Aishah sendiri pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu Edisi ke-5 dan Aishah mengulangi kejayaan yang sama di Juara Lagu Edisi ke-10 menerusi lagu Cinta Beralih Arah.

  • Populariti Aishah telah membawa dirinya dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular (1990), selain pelbagai lagi anugerah berprestij dalam negara.

  • Sepanjang penglibatan dalam industri muzik tanah air, Aishah telah merakamkan 10 buah album studio (solo) yang terdiri daripada Aishah (1990), Aishah II (1991), Aishah III: Asia Sedunia (1992), Klasik (1993), Wajah (1995), Tiada Duka Untuk Apa (1996), Tiada Akhirnya (1998), Pulanglah Perantau (2000), Kurnia (2006) dan Anak (2010).
  • Pernah berlakon dalam filem Syakila (1991) bergandingan bersama penyanyi Rahim Maarof dan Kuza. Ia merupakan filem pertama dan terakhir lakonan Aishah.
  • Antara anugerah yang pernah dimenangi Aishah sebelum ini ialah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita - Album Klasik (AIM 1995), Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita - Album Wajah (AIM 1996), Juara Lagu - Janji Manismu (AJL 1990), Juara Lagu/Juara Kategori Balada/Persembahan Terbaik (AJL 1995), Penyanyi Wanita Popular/Artis Paling Popular (ABP 1990), Penyanyi Wanita Popular (ABP 1991), Penyanyi Wanita Popular (ABP 1992) dan Juara Gegar Vaganza 4 (Gegar Vaganza).


  • Pada tahun 2011, Aishah berjinak-jinak dengan dunia politik bersama parti PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen Jempol pada Pilihan raya Umum Malaysia tahun 2013.
  • Aishah pernah berkahwin sebanyak empat kali dan gagal dalam tiga perkahwinan terdahulu. Perkahwinannya pertamanya dengan seorang lelaki warga New Zealand pada tahun 1993 (berpisah 1996) dan dikurniakan seorang anak lelaki, Armand Azhari. Perkahwinan kedua Aishah berlangsung pada tahun 1997 (berpisah 2005),  juga dengan seorang lelaki warga New Zealand, Muhamad Abdullah, dan dikurniakan seoarang anak lelaki Ahzad Ahlami. Perkahwinan ketiga Aishah pada tahun 2010 dengan seorang lelaki tempatan, Faizal Sazali, namun berpisah pada tahun 2012. Apapun, Aishah kemudiannya kembali berumahtangga dan kini bahagia dengan perkahwinan sekarang. 


  • Pada tahun ini, Aishah mengejutkan banyak pihak apabila membuat keputusan untuk menyertai program Gegar Vaganza musim keempat, namun dia akhirnya mencipta sejarah manis apabila berjaya bergelar juara program popular ini.






Post a Comment

0 Comments