Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pementasan Tanah Akhirku curi tumpuan


NASKHAH Tanah Akhirku mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang gadis yang berasal dari tanah besar China ke Tanah Melayu bernama Yue Feng yang lari daripada perang saudara di China bersama adiknya ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baru. 

Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap menyebabkan mereka berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan sehingga membawa kepada kematian adik Yue Feng, Da Hai.

Yue Feng lama kelamaan semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. 

Dalam masa yang sama, turut terpikat dengan kesantunan seorang lelaki Melayu, Tengku Purnama yang begitu mengambil berat terhadapnya yang hidup sebatang kara di bumi asing.




Begitulah antara sinopsis teater Tanah Akhirku yang melabuhkan tirai pementasannya sepanjang tiga malam berlangsung di pentas Panggung Eksperimen, Aswara pada 24, 26 an 27 Januari lalu.

Merupakan pementasan sempena Penilaian Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Teater, Aswara di mana produksinya tediri daripada pelajar yang terlibat.

Sebuah pementasan yang sangat-sangat menarik, memberikan impak dan mengajak penonton kembali berfikir tentang persekitaran kita yang hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. 

Tahniah kepada pelakon Lim Mei Fen yang juga merupakan pencetus ideal asal pementasan ini yang dibangunkan dengan cukup rencah dari segi jalan cerita, skrip dan lakonan.

Kredit juga buat pensyarah dan juga penggiat teater Indie terkenal, Fasyali Fadly yang merupakan orang di sebalik pementasan  dan juga Cik Rosminah Tahir, Dekan Fakulti Teater Aswara.




10 FAKTA MENARIK

1. Biarpun set pentasnya simple, namun ia sudah cukup memberi gambaran tentang babak yang berlangsung.

2. Gandingan pelakon pelbagai bangsa yang jelas mengiyakan idea yang dibawa.

3. Jalan cerita yang sangat menarik dan mempunyai direction yang cukup jelas.

4. Tahniah untuk Siti Jasmina Ibrahim dan Xavier Fong yang menghasilkan skrip yang sangat memberikan impak.

5. Ashraf Zainul ternyata mempunyai magiknya yang tersendiri dalam mencantumkan elemen-elemen yang 'sesuatu' dalam naskhah ini.

6. Semestinya yang mencuri tumpu, lakonan Lim Mei Fen yang sangat menonjol dan berjaya menyampaikan rasa kepada penonton seawal babak pertama dia muncul sehinggalah pementasan menutup tirai.

7. Meskipun hanya merupakan produksi pelajar, pementasan ini turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak.

8. Pementasan selama tiga malam full house.

9. Pelakon Dendam Laksamana, Sultan Mahmud Shah a.k.a Anwar Rusdhini turut menjayakan teater ini menerusi watak Tengku Purnama.

10. Tak rasa macam menonton pementasan yang dijayakan oleh pelajar.


So, berapa bintang? Okay, kami bagi 7/10. Mungkin ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki dan diperkemaskan untuk sebuah pementasan yang lebih mantap. Semoga dapat restage untuk memberi peluang kepada lebih ramai penonton  menikmati persembahan ini.


Post a Comment

0 Comments