PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya menjawab teka-teki para peminatnya tentang jantina bayi dalam kandungannya kini.
Bersempena sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini, Siti menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Instagramnya telah mengumumkan jantina bayinya adalah perempuan.
"Nak kongsikan dengan semua sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah 'puteri'.
"Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdullillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat." katanya.
Sama-samalah kita doakan agar Siti dan kandungan dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan dipermudahkan proses bersalin nanti. Amin.
Sementara itu, Siti pada hari ini juga mendapat penghormatan daripada beberapa stesen radio tanah air yang mengadakan pelbagai slot khas sempena meraikan hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini.
0 Comments