Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CHE PUAN JULIANA EVANS, HOS BARU MAHLIGAI CINTA


MEMASUKI musim ke-13, program gaya hidup Mahligai Cinta bakal menampilkan hos baharu iaitu Che Puan Juliana Evans mulai 4 Januari 2018. 

Sejak mula bersiaran pada tahun 2011, program yang mengabadikan kenangan pasangan pengantin ini pernah dikendalikan oleh Dato’ Jovian Mandagie, Izreen Azmida, Raja Azureen Eleena Raja Zulkifli, Fatin Nuraisya dan juga Mira Filzah. 



Juliana Evans mula mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, sebelum dikenali menerusi rancangan Remaja di TV3 pada tahun 2007. Seiring usia yang semakin matang berserta pengalaman yang dimiliki, Juliana Evans kini dilihat semakin yakin dan mampu memberi sentuhan tersendiri dalam mengendalikan program Mahligai Cinta ini. 




Mahligai Cinta musim terbaru ini bukan sahaja mengabadikan kenangan bahagia mempelai, program ini juga mahu memberi inspirasi kepada pasangan yang bakal berkahwin dalam membuat persediaan hari bahagia mereka bergelar raja sehari. 

Peminat juga dapat mengetahui lebih dekat lagi kisah suka duka percintaan selebriti pujaan mereka, dan bagaimana mereka membuat persiapan dari awal hinggalah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka.  



Antara majlis perkawinan dan kisah cinta yang bakal dipaparkan bagi tahun 2018 adalah perkahwinan pelakon Mawar Rashid, Aisya Hasnaa, Mohd Kurniawan Naim iaitu anak lelaki kepada Dato’ Sri Bung Mokhtar Hj Radin, perkahwinan Instafamous Syafiqah Aina dan ramai lagi. 

Mahligai Cinta 2018 akan turut berkongsi kisah cinta artis popular tanahair seperti Dato’ Jovian Mandagie, Nana Mahzan serta pelakon kacak Fahrin Ahmad.




Mahligai Cinta
Hari: Khamis
Masa: 11.30 Pagi
Saluran: TV3 
Pengacara: Che Puan Juliana Evans



[KREDIT FOTO: Cipta Karya Studio]

Post a Comment

0 Comments