SELEPAS selamat diijabkabulkan petang semalam, pasangan pengantin baru, Yuna dan suaminya, Adam Sinclair tampil bertemu pihak media dalam satu majlis sidang media khas yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), kira-kira 5 petang tadi.
15 Fakta menarik dikongsikan Yuna dan Adam.
- Majlis pernikahan berkonsepkan perkahwinan dalam taman sebagai menyempurnakan impian Yuna sejak dulu yang sukakan alam semulajadi.
- Acara ijabkabul sepatutnya berlangsung lebih awal, namun ia terpaksa dilewatkan kerana hujan turun membasahi lokasi majlis pernikahan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
- Mengakui tidak berniat untuk merahsiakan majlis pernikahan, sebaliknya hanya mahukan privasi untuk hal-hal istimewa berkaitan kehidupan peribadi. Malah kata Yuna, sebelum ini pun dia jarang berkongsi tentang hubungan dengan Adam kepada umum sehinggalah mereka mengikat tali pertunangan.
- Majlis resepsi pasangan sejoli ini akan berlangsung di PICC pada Ahad malam.
- Selain keluarga dana kenalan di tanah air, majlis resepsi mereka juga akan dihadiri rakan-rakan Yuna dari Amerika Syarikat.
- Selepas berkahwin, Yuna akan kembali meneruskan kerjaya seninya seperti biasa di Amerika Syarikat dan berulang-alik ke tanah air jika mempunyai keperluan kerja selain menjengok keluarga di sini.
- Adam berkemungkinan akan mengikut Yuna ke Amerika Syarikat dan bekerja di sana dalam bidang yang menjadi kepakarannya, selain membantu Yuna dalam projek muziknya.
- Yuna mula mengenali Adam sekitar tahun 2013, ketika terlibat dalam satu projek komersial TV di mana ketika itu Adam bertindak pengarah.
- Yuna sukakan sikap Adam yang sangat cool, positif dan memahami selain mata Adam yang begitu cantik. Malah Yuna mengakui menyukai Adam pada hari pertama mereka bertemu dan bekerjasama sepanjang lebih 12 jam.
- Adam menyifatkan Yuna mempunyai hati yang sangat baik apabila tidak meletakkan dirinya sebagai diva ketika bekerja, malah sangat mengambil berat tentang krew yang bertugas.
- Yuna pernah mencipta sebuah lagu dengan lirik yang begitu indah yang didedikasikan khas buat Adam bertajuk Best Love.
- Tidak merancang soal anak dan berserah pada rezeki.
- Belum memikirkan destinasi bulan madu, namun berkemungkinan memilih Amereika Selatan sebagai destinasi pilihan.
- Adam sudah bersedia menjadi tumpuan apabila bergelar suami kepada penyanyi popular bertaraf antarabangsa. Menurut Adam dia tidak pernah kekok malah memahami situasi itu kerana sebelum ini pernah berdepan keadaan serupa ketika keluar bersama abang dan kakaknya, Ashrah dan Aishah Sinclair
Dalam pada itu, Yuna sempat menitipkan ucapannya buat peminatnya yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya seninya dari awal sehingga ke saat ini.
"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat dan juga pihak media yang selalu menyokong kerjaya dan muzik saya dari awal sehinggalah sekarang. Dariapda umur saya baru 20 tahun, sampailah sekarang dah kahwin.
"Walaupun saya seorang yang pemalu dan mementingkan privasi, hari ini saya kongsikan detik bahagi saya bersama orang yang dicintai bersama anda semua.
"Terima kasih juga untuk segala doa yang diberikan dan terima kasih kerena sentiasa memahami kadaan dan perjuangan saya dalam sebagai artis baik ketika dikritik, rindukan keluarga di tanah air dan segalanya,"
0 Comments