Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JIHAN MUSE KONGSI DIARI HAMIL DI KACA TV


HI MOMMY JIHAN merupakan sebuah blog video (vlog) bersiri yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan Muse dan pasangan, Ungku Hariz sepanjang tempoh kehamilan anak sulung Jihan sehingga selepas beliau bersalin menerusi rakaman yang dilakukan sendiri oleh pasangan ini. 




Menurut Naib Presiden Perniagaan Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, program Hi Mommy Jihan! adalah suatu format inovatif terbaru yang memaparkan secara eksklusif perjalanan Jihan Muse dan Ungku Hariz menjadi ibu bapa, dalam durasi 5 hingga 10 minit setiap episod. 

"Apa yang menariknya, para penonton di luar sana telah memberi maklumbalas yang sangat positif kepada rancangan yang santai dan lucu ini, di mana episod- episod pada minggu pertama telah menerima lebih daripada 1 juta tontonan dalam masa seminggu, serta ribuan komen positif dan ‘like’ di laman media sosial. 
"Astro berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jihan dan Ungku Hariz serta penaja program ini iaitu Anmum Materna dan Thermos, dan kami mendoakan agar pasangan ini selamat menyambut kelahiran cahaya mata mereka yang pertama,” katanya. 



Vlog Hi Mommy Jihan! akan dimuatnaik di laman Youtube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember 2017, jam 9.00 malam. 

Manakala, bagi siaran di kaca televisyen, ‘Hi Mommy Jihan!’ boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa mulai 11 Disember 2017 jam 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123). Vlog istimewa ini turut boleh dinikmati melalui platform digital; Astro GO dan eBu. 




7 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG  ‘HI MOMMY JIHAN!’ 

1. ‘Hi Mommy Jihan!’ yang berkonsepkan vlog ini dizahirkan sebanyak 30 episod dan berdurasi selama 5 hingga 10 minit bagi setiap siaran. Sebanyak dua episod akan disiarkan pada setiap minggu. 

2. ‘Hi Mommy Jihan!’ akan disiarkan di YouTube MeleTOP (MeleTOP) terlebih dahulu diikuti dengan siaran di televisyen menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). 

3. Rakaman vlog ini  dibuat sendiri oleh Jihan dan Ungku Hariz tanpa sebarang skrip dan ia bermula sejak kandungan Jihan berusia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin. 




4. Antara klip yang terkandung dalam ‘Hi Mommy Jihan!’ termasuklah:

  • Lawatan Jihan dan suami ke klinik untuk rutin pemeriksaan kandungan; 
  • Fasa mengidam yang dilalui Jihan; 
  • Diet dan senaman yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilan; 
  • Aktiviti seni serta perubahan fizikal yang dialami Jihan semasa mengandung; 
  • Persiapan barangan bayi, sehinggalah ke detik Jihan melahirkan bayinya, menjalani pantang dan seterusnya di sekitar majlis cukur jambul cahaya mata sulung pasangan ini 
5. Beberapa kenalan selebriti rapat Jihan turut membuat penampilan istimewa dalam vlog ini seperti Rozita Che Wan, Nabil Ahmad dan Liza Hanim. 

6. Pada setiap penghujung siaran, terdapat fakta menarik mengenai kehamilan yang boleh dijadikan panduan khususnya buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa. 

7. Minuman khusus untuk perencanaan dan masa kehamilan, Anmum Materna merupakan penaja rasmi ‘Hi Mommy Jihan!’. Turut hadir selaku penaja rasmi adalah Thermos, pengeluar terkemuka produk pengguna yang bersifat vakum dan penebat haba. 

Post a Comment

0 Comments