TAHNIAH buat penyanyi Aishah yang muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim
keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia
Studios, Johor Bahru sebentar tadi.
Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By
Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut
bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.
Kehebatan vokal dan penghayatan hebat yang diberikan Aishah menerusi persembahannya untuk segmen
solo menarik perhatian ramai sehingga turut mendapat standing ovation daripada juri tetap Hetty Koes Endang.
Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah
kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej
percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai
RM6,000 tajaan Go Shop serta Trofi.
Aishah turut memenangi hadiah Gelora Vida Vaganza dan
menerima wang tunai RM5,000.
Sementara itu, Liza Hanim memenangi tempat kedua dan Lan Solo yang mengejutkan ramai pihak apabila berada di tempat ketiga.
Diikuti Hazami yang menduduki tempat keempat, sementara Firman
dan Tia Jinbara pula masing-masing berpuas hati di tempat kelima dan keenam.
Pertandingan GV4 di peringkat akhir ini diadili empat juri
profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku
juri tetap, manakala Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor pula sebagai
juri jemputan.
Malam kemuncak GV4 menampilkan pengacara sensasi
Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
KEDUDUKAN & MARKAH FINALIS BERTANDING
1. Aishah - All By Myself & Supergirls (81%)
2. Liza Hanim - Meniti Titian Usang & Supergirls (79%)
3. Lan Solo - Smells Like Teen Spirit & Amboi-Amboi (70.4%)
4. Hazami - Bahagiamu Deritaku & Amboi-Amboi (70%)
5. Firman - Dram King & Tepi Sikit (69%)
6. Tia Jinbara - Romancinta & Tepi Sikit (66%)
0 Comments