Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HIDAP KANSER TAHAP 4, ELYANA TERIMA KENYATAAN


PENYANYI Elyana membuat pendedahan yang cukup mengejutkan sebaik sahaja diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima  Gegar Vaganza yang berlangsung sebentar tadi.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30, mengakui dia kini sedang mengidap Kanser Limfoma tahap 4. Menurutnya lagi, penyanyi yang telah dideritainya semenjak tujuh tahun lalu ini hanya diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan terdekatnya sahaja.

Ramai yang terkejut dengan berita ini kerana Elyana cukup dikenali sebagai seorang yang sangat ceria dan tidak pernah memberikan sebarang hint atau menunjukkan penderitaan yang sedang dilaluinya.

Yaaa Allah... Kami di Read8Space sendiri pada awalnya seakan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Elyana sebentar tadi. Namun itulah kenyataan yang harus diterima semua sebagai Elyana menerima ujian yang telah diberikan kepadanya ini.

Sayu mendengar luahan penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu ini di mana dia merasa takut untuk tidur setiap malam kerana bimbang tidak akan terjaga lagi keesokan harinya dan bertemu satu-satu anak tunggalnya, Chinta.

Kata Elyana, doktor pernah meramalkan dia mungkin boleh hidup setahun lagi. Bagaimanapun, umurnya masih panjang sehingga ke hari ini meskipun sudah lebih tujuh tahun disahkan mengidap kanser tersebut.

Ketika dimaklumkan tentang penyankit tersebut, ia masih merupakan kanser tahap 2, dan selepas tujuh tahun sel kansernya kini sudah merebak ke jantung dan paru-paru dan kini sudah berada di tahap empat.

Apa sekalipun yang dijelaskan, kami semua mendoakan agar dipermudahkan proses rawatan dan diizinkan kesembuhan oleh ALLAH. InsyaAllah..

Semoga Elyana terus kuat dan tabah berdepan ujian ini. Amin...

Post a Comment

0 Comments