PESTA buku Big Bad Wolf (BBW) yang sentiasa dinantikan saban tahun, kini kembali. Menawarkan pilihan yang lebih gempak, BBW bakal menyediakan lebih 4.5 juta buku dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia dan bahasa Cina dalam pelbagai genre untuk edisi tahun ini.
Semeestinya yang paling menarik perhatian, para pengunjung ditawarkan diskaun dari 75% sehingga 95%!, sepanjang tempoh operasi selama 257 jam tanpa henti.
BBW akan bermula dan dibuka kepada umum seawal jam 7.00 pagi pada 8 Disember 2017 dan akan berakhir pada jam 11:59 malam, 18 Disember 2017 di MIECC , The Mines Sri Kembangan.
Mereka yang terdiri daripada 200 pengunjung terawal di BBW tahun ini akan menerima voucher kopi daripada Coffex.
Selain jualan buku yang menjadi tarikan utama, BBW pada tahun ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung tidak mengira peringkat umur.
Antaranya, maskot Ejen Ali turut akan membuat kemunculan khas di sini untuk bertemu dengan pembaca cilik dan anak anda juga berpeluang untuk bergambar bersama watak Ejen Ali ketika sesi Meet & Greet.
Tidak sekadar itu, buat julung kalinya penerbit tempatan, FIXI berkolaborasi untuk menghasilkan karya Cukaria All-Star, aiiatu buku kompilasi cerita pendek dalam bahasa Malaysia yang akan dijual khas di sini.
Tidak ketinggalan juga ruang untuk menjamu selera menerusi pop-up store ‘After You Dessert Cafe’, kafe yang menyajikan ais krim dan roti bakar ais krim signature yang sedap dan popular di Thailand!
Jadi, tunggu apa lagi.... Kepada semua ‘ulat-ulat buku’ sekalian, jom kita sama-sama memeriahkan BBW dan membawa pulang pelbagai bahan bacaan menarik yang boleh diperolehi dengan harga yang cukup murah dan munasabah di sini. - 7KLIK
0 Comments