JIKA anda merupakan pecinta makanan, jangan lepaskan peluanng untuk mengundi bagi menentukan lokasi popular dan terbaik untuk menikmati hidangan tempatan di sekitar Lembah Klang menerusi Anugerah Makan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM).
Anugerah yang julung kali yang dianjurkan Media Prima Digital (MPD) ini, memperkenalkan tujuh kategori merangkumi lapan menu kegemaran rakyat Malaysia. Antaranya Nasi Lemak Popular, Rojak Popular, Kuey Teow Basah Popular, Sate Popular, Cendol & Rojak Popular, Ikan Bakar Popular dan Burger Kaki Lima Popular.
Menarik?
Pengundian telah bermula pada 1 hingga 24 November ini menerusi laman sesawang www.jalanjalancarimakan.com.my, manakala pengumuman pemenang dijangka akan dilakukan Disember ini.
Anugerah ini akan menggunakan format pemarkahan 50 peratus undian rakyat Malaysia dan 50 peratus penjurian profesional terdiri daripada tokoh kulinari tempatan.
Pemenang setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif Anugerah Makan JJCM dan hadiah wang tunai.
Jadi jom undi lokasi makanan tersedap dan terbaik pilihan anda…
0 Comments