KOPI diperbuat dari bawang putih memang agak ganji bunyinya. Namun, ia adalah satu fakta dan bukan auta. Ya, sekarang anda boleh menikmati kopi yang diperbuat daripada bawang putih.
Kopi yang diperbuat daripada bawang putih ditemui oleh seorang lelaki dari Jepun, Yokitomo Shimotai, 74, yang mempunyai kedai kopi di Aomori Prefecture.
"Kopi ini boleh menjadi yang pertama di dunia di mana ia tidak mengandungi kafein dan sangat baik untuk mereka yang ingin minum kopi pada waktu malam atau untuk wanita hamil," katanya.
Penemuan ini diperolehi oleh Shimotai secara tidak sengaja apabila dia membakar stik dengan bawang putih. Kemudian bawang putih yang telah dipanggang sehingga hitam itu dikisar dan campur bersama air suam.
Apabila meminumnya, dia terkejut kerana ia menghaslkan 'rasa kopi' dan kepahitan yang sama dengan kopi sebenar. Tidak lama selepas itu, Shimotai mula memperbaiki minuman ini dengan lebih lanjut dan selepas menjalani banyak percubaan, dia membuat resipi yang dianggapnya yang terbaik pernah dihasilkan.
Shimotai kemudiannya telah mendaftarkan paten untuk kaedah itu pada 2015. Walaupun aroma kopi bawang putih agak kuat, tetapi ia tidak membuat nafas berbau kerana melalui proses panggang.
Jom, kita cuba... - 7KLIK
0 Comments