Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ONE THOUSAND MILLION SMILE, TRIBUTE ISTIMEWA BUAT SUDIRMAN


PERSEMBAHAN Tribute Sudirman, One Thousand Million Smiles kembali lagi setelah meraih kejayaan yang cukup memberangsangkan pada tahun lalu.

Justeru atas permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat kini mementaskan kembali persembahan istimewa ini untuk mengajak para penonton dan peminat setia penyanyi tersohor ini untuk mengimbau nostalgia lalu menerusi rangkaian lagu-lagu popular  Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Persembahan ini sebagai tanda penghormatan setelah genap 25 tahun pemergian penyanyi berjiwa rakyat yang juga pernah dinobatkan sebagai  penghibur  nombor satu Asia ini.




Pementasan yang dikenali sebagai One Thousand Million Smiles ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari pada 26 hingga 28 Oktober di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Penghormatan ini adalah satu bukti dan peringatan besar bahawa bakat Sudirman dan warisannya 
Telah  menambat hati warga Malaysia sejak sekian lama, malah sehingga kini beliau masih lagi disanjungi sebagai Seniman Rakyat. 

Pementasan kali ini akan menampilkan penyanyi Nikki Palikat, Tria Aziz yang cukup tekenal dengan kehebatan vokal masing-masing.

Selain itu, persembahan ini turut disertai Joel Wong, Amir Hazril Harith, Ian Chow dan Ryonn Leong.




Antara lagu-lagu yang menjadi pilihan pada persembahan ini ialah Balik Kampung, Penganggur, Basikal Tua, Hujan, Pelangi Petang, Bercanda Di Pasiran Pantai, Milik Siapakah Gadis Ini, Ayah dan Ibu dan Aku penghiburkanmu.

Diikuti dengan Tanggal 31, Merisik Khabar, Warisan, Chow Kit Road, Toyol, Terasing, Apa Khabar Orang Kampung dan One Thousand Million Smiles. 




Menurut Dato’ Faridah Merican, tujuan utama persembahan ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha untuk menghargai sumbangan Allahyarham kepada indusri muzik tanah air yang semakin dilupakan.

“Allahyarham adalah seorang ikon yang amat disayangi ramai suatu ketika dulu dan adalah menyedihkan apabila segala usaha serta sumbangan beliau terhadap seni tanahair semakin dilupakan.  
“Jadi persembahan ini diadakan sebagai penghormatan  dan merupakan satu usaha untuk mengembalikan nostalgia muziknya kepada masyarakat,” katanya yang juga  pengarah persembahan. 



Sementara itu, konsep persembahan yang bakal ditampilkan adalah merupakan sebuah persembahan muzikal ala zaman 80’an yang diiringi orkestra KLPAC di bawah pimpinan Lee Kok Leong dan kumpulan pemuzik yang diketuai oleh Loh Ui Li. 

Tiket-tiket boleh diperolehi dengan harga RM80, RM60 dan RM40 dam maklumat lanjut boleh diperolehi di www.klpac.org.

Post a Comment

0 Comments