TEKA-teki siapakah juara Super Spontan Superstar terjawab malam tadi sebentara tadi apabila pelakon Kamal Adli diangkat sebagai juara program kegemaran ramai itu sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Sementara itu, naib juara pula disandang oleh Fad Bocey dengan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi dan diikuti Achey Bocey di tempat dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.
Selain itu, peserta lain yang turut bertanding di peringkat akhir adalah Ozlynn, Syuk, Mamak, Shahrol Shiro dan Sharif Zero. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.
Jika saban minggu mereka bermain bersama kumpulan yang terdiri daripada Musang King dan Tenggiling Taiko, pada pusingan akhir ini mereka bersaing secara individu menerusi permainan Beku, Emosi Tak Stabil, Cerita Sampai Kecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Spontan dan Dahiku Dahimu.
Datuk Afdlin Shauki bertindak sebagai komentator bersama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, sementara Datuk AC Mizal pula bertindak sebagai pengacara dibantu Amir Raja Lawak.
Super Spontan Superstar 2017 yang berlangsung di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini menyaksikan keputusan pemenang seratus-peratus berdasarkan undian penonton.
0 Comments