Majlis yang diadakan di kediaman keluarga Elfira di Cheras, ini turut diraikan keluarga dan saudara terdekat kedua belah pihak selain media yang turut dijemput hadir.
Pada majlis tersebut, Sufian menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas lima dari pihak Elfira sebagai simbolik ikatan yang berlangsung antara mereka.
Selepas lebih lapan bulan mengenali hati budi masing-masing dan mengikat tali pertunangan pada hari ini, Elfira dan Sufian dengan restu kedua belah keluarga bakal melangsungkan hari bahagia mereka pada Mac 2018.
Untuk majlis istimewa ini, Elfira dan Sufian sepakat memilih persalinan daripada pereka terkenal Rizman Ruzaini.
Sekali lagi tahniah dari kami, dan semoga dipermudahkan urusan untuk ke jinjang pelamin nanti. Amin.
0 Comments